Sunday, February 27, 2011

Mulut Orang Bukan Hati Kita

Suka dan duka adat dalam hidup ni. Semua orang pun ada up&down masing-masing. Tipu lah kalau 24 jam 365 hari sentiasa bahagia dan berketawa. Pelukah kita hidup beduka, hanya demi memuaskan hati yang lain? Perlukah kita hidup dalam kepuraan, hanya untuk menggembirakan perasaan yang lain? Hati sendiri tak penting kah? Sukar untuk ditafsirkan, lebih sukar untuk diluahkan. Semua mengharap sesuatu yang tidak pasti. Yang pastinya tidak perlulah hidup dengan mermodalkan skrip drama swasta, yang semestinya akan memperdaya sejuta manusia, tapi bukan aku. Biarlah apa sejuta manusia itu berfikir dan berkata, kerana hakikatnya hanya aku, kau dan Tuhan sahaja yang tahu hakikat yang sebenar. Aku bukan jenis yang suka menagih simpati, juga aku bukanlah drama queen, dengan mudah mempamerkan air mata, semata- mata untuk meminta belas kasihan sejuta manusia. Maafkan aku tidak dapat memuaskan semua hati, kerana hati aku turut berdarah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...