Sunday, January 19, 2014

Recovery Period


Assalamualaikum.

Tahun 2014 saya disapa dengan satu dugaan. Saya dijangkiti virus varicella yang mengakibatkan demam campak a.k.a chickenpox. OMG kau ni dah umur 23 tahun baru kena penyakit ni?

Yes, imma baby indeed. Better treat me like one :P

Masa memula nak dapat chickenpox ni saya demam dalam 3-4 hari camtu. Demam bukan jenis demam teruk yang pakej batuk selsema tu, tapi jenis demam "seram sejuk" terutama sekali waktu malam. Rasa mcm sejuk, tapi bila tido selubung jadi berkuap pulak. So keadaan tu telah mengakibatkan saya confuse nak tido cara yang macam mana. Sedih betul.

Then, lepas demam dah kebah, rasa cam confident la pagi tu bersiap2 nak pergi kerja. Belek2 muka kat cermin, rasa pelik kenapa muka cam penuh dengan bijik2, "pehh banyak pulak jerawat kau sekarang ni, kau pehall?" Haa tu kata hati saya dalam separuh rasa taksenang. Lepastu baru perasan, rupa2nya satu badan dah penuh dengan bijik2 air, ada yang besar, ada yang kecik. bila picit rasa sakit2 gatal. Uihh rasa dia memang epic gila, tak keruan jadi. Terus pegi klinik, n disahkan positif chickenpox. Dapat MC seminggu. Muehehehe. Nasib baik tak buat video MC seminggu eyesores chickenpox.

Dalam masa proses pemulihan dari blisters satu badan yang terasa miang2 gatal ni, banyak pantang larang yang kena ikut, yela benda ni naik sampai muka, kalau tak jaga elok2, parut dia tak hilang okay, TAK HILANG *nightmares*

Yang paling utama, jangan makan kicap, orang kata nanti parut jadi hitam. Sampai sekarang saya masih belum makan kicap lagi, belum confident. Orang cina cakap pantang mau 100 hari. Uihh. Pastu saya jugak amalkan tiap2 hari minum air kelapa muda, beli sebijik2 tu baru air real, dapat makan isi dia sekali. Air kelapa ni katanya fungsi utk cepat keluarkan semua virus yang ada dalam badan, so takde la tertinggal dalam badan yang berisiko dapat jangkitan lagi lain kali. Lagi satu, kalau dah bijik2 lepuh tu keluar semua dalam masa sama, cepatla sembuh. Gitew.

Pantang lain: tak boleh makan seafood dengan ayam. Haa memang diet betul saya 3-4 hari tu. Makan bubur sayur. Ada sehari tu, bila bijik chickenpox ni dah mcm nak kering, boleh pulak "ter"makan ayam seketul (saja gatal adeh) lepas tu dah berair balik parut ni, sengal betul. Nasib baik tak jadi pape, terus stop sekejap makan protein. Orang demam campak ni jugak katanya tak boleh kena hujan, sebab nanti parut tak hilang. I dunno, tapi ikut jela kan, kang pandai2 sendiri, parut tak hilang, sendiri jugak menyesal hehe.

Alhamdulillah, dengan izinNya saya sembuh, tak sampai 2 minggu pun, blisters ni semua kering. Yang kat muka dah tak berapa nampak, sebab saya amalkan tiap malam sebelum tidur, saya sapu minyak Bio-oil kat muka. Nampak perubahan dia, kulit lama yang rosak cepat diganti kulit baru. :)

Gambar takde transfer masuk laptop, so ganti dengan gambar Beast ajela. Pun bolehh.

Bye!

Now listening: Katy Perry- Unconditionally


uzz31

Friday, January 3, 2014

Assalamualaikum.

Jumaat, 3 Januari 2014. Setahun jugak kan tak update? Rindu saya tak? Mesti tak kan, ahaha. Ahem. Kalau sebelum ni ada je idea nak tulis apa, tapi sekarang dah beku. Aiseh. Karat teruk, nasib baik rambut tak ikut karat sekali.

Pape pun, selamat tahun baru 2014 kepada kamu (yg baca ni la kan, saya dah x kenal readers saya dah sorry) semoga tahun ni lebih baik dari yang lepas-lepas. Azam saya? Pertama, sama dengan lepas-lepas, nak kurus. Sebelum ni tak ada pn tercapai, kecuali last masa sekolah menengah dulu, 9 tahun lepas T.T Sebab apa saya masih teruskan azam ni? Sebab ia berkaitan dengan azam nombor 2, iaitu untuk menjadi isteri yang solehah.

Pehhhh isteri?

Ya.
Tahun ni inshaAllah saya akan akhiri zaman tunang, menukar status "bujang" dalam IC. inshaAllah. Doakan saya. Amin. Hee. Dah sampai seru nanti inshaAllah saya jemput semua kenalan saya, datang okay semua :)

Tu jela kot azam yang ada, yang lain tu follow the flow aje. Ok lah, till next time. Bye!


uzz31

Friday, September 14, 2012

My Boss My Hero Makky

Assalamualaikum PEEERRRRRRGGHHHHHH! Tiga bulan aku langsung tak jejakkan kaki comel aku ni ke alam blog. Fuhhh.. Macam macam cerita, banyak modal aku untuk di-publish-kan, tapi, apakan daya, tahap kesibukan dan kemalasan buat karangan sama level tingginya. Kalau time tak bizi pun level malas masih tinggi =="
 Hmm nak cakap pasal apa ni?


 Ok, biar aku kongsi obsesi terbaru aku. Aku angau kembali kat Tomoya Nagase, setelah "broke up" dengan dia sejak sekolah menengah dulu. Hahah. Tiap2 malam aku akan bergelak guling2 macam perempuan gila depan laptop, gara2 melayan drama Jepun lama, My Boss My Hero. Cerita tahun sekitar 2007 camtu. Sakaki Makio (watak Tomoya Nagase dlm drama tu) adalah seorang pewaris kumpulan Yakuza, atau lagi senang cerita, samseng yg digeruni la. Dia memang hebat dlm gelanggang perlawanan, kuat. Tapi, dia tak berapa nak pandai. Even cikgu2 pun terkejut sebab keputusan exam dia yg paling buruk dlm sejarah sekolah. Punya lah dahsyat ke"pandai"an dia tu kan. Haha. Tapi dia tak putus asa. Banyak pengajaran boleh dapat dalam drama ni, melalui Sakaki Makio. Hee.. Suka! Lala

 Kalau nak tau lagi, layan ah sendiri drama 10 episod tu. Bez!

 Hmm.. Skarang nak cakap pasal apa pulak ek?

 Hmm..

 Hmm..

(Krik krik krikk)

Bai!

uzz31

Wednesday, June 27, 2012

Words in Wednesday

Assalamualaikum.

Annyeong! Uhuk uhukk!! Berhabuk nau blog aku ni kan. Huh kemalasan mengarut panjang-panjang dah menular semula. Tskk.

First thing first, happy birthday kepada bonda tercinta, semoga panjang umur, ceria dan sihat selalu, n opkos, maintain awet muda. Hee

Motif letak gambar Hyunseung? Haha gotta love that hair!

Harini jugak last day bersama colleague, kak Salwa di office. Ada lah makan2 sikit. Sikit tak sikit lah, Pizza Hut for lunch. Hah memang badan aku makin mengancam nih. Mengancam kesihatan =="
Good luck in your new beginning, together with ur beloved hubby okay! Pape news roger di FB. Miahaha :D

I really do miss my kucin Oyen. Hari kedua Oyen di vet. Moga cepat sembuh k yoyenn.. Rindu nii T.T

K. Mood malas aku dah datang balik. Erkk --' Kbai!

Now listening: Big Bang- Bingeul Bingeul

uzz31
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...