Showing posts with label Total Random. Show all posts
Showing posts with label Total Random. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

Words in Wednesday

Assalamualaikum.

Annyeong! Uhuk uhukk!! Berhabuk nau blog aku ni kan. Huh kemalasan mengarut panjang-panjang dah menular semula. Tskk.

First thing first, happy birthday kepada bonda tercinta, semoga panjang umur, ceria dan sihat selalu, n opkos, maintain awet muda. Hee

Motif letak gambar Hyunseung? Haha gotta love that hair!

Harini jugak last day bersama colleague, kak Salwa di office. Ada lah makan2 sikit. Sikit tak sikit lah, Pizza Hut for lunch. Hah memang badan aku makin mengancam nih. Mengancam kesihatan =="
Good luck in your new beginning, together with ur beloved hubby okay! Pape news roger di FB. Miahaha :D

I really do miss my kucin Oyen. Hari kedua Oyen di vet. Moga cepat sembuh k yoyenn.. Rindu nii T.T

K. Mood malas aku dah datang balik. Erkk --' Kbai!

Now listening: Big Bang- Bingeul Bingeul

uzz31

Wednesday, April 11, 2012

Tips Gigi Putih Berseri


Salam. Annyeong! Haa hari ni aku baik hati nak share tips untuk mendapatkan gigi putih bersih lagi berseri. Cer try petua-petua dalam list tu oke

1. Gosok pada gigi serbuk penaik dua kali sebulan untuk menyental kotoran gigi yang kelihatan kekuningan.

2. Apabila menggosok gigi, titiskan sedikit minyak cengkih pada ubat gigi yang telah dipicit pada berus gigi tips ini untuk gigi kelihatan bersinar.

3. Campurkan satu sudu teh jus lemon bersama satu sudu teh garam. Kemudian sental pada gigi anda untuk mengelakkan gigi kuning.

4. Boleh juga mengamalkan parutan kulit limau di bahagian dalam yang bewarna putih untuk digosokkan pada gigi.

5. Campurkan daun bay kering (
bay leaf) dengan kulit oren kering dan gunakan sebagai penyental gigi, di gunakan setiap hari untuk gigi putih.

6. Tumbuk lumat buah pinang yang disalai, kemudian gosok-gosokkan pada gigi untuk membuang karat dan kotoran degil pada gigi.

7. Paling penting, selain menggosok gigi minimum tiga kali sehari, pastikan juga cara menggosok itu betul dengan mengambil kira bahagian luar dan dalam.


Now listening: Infinite- Can You Smile

uzz31

Friday, April 6, 2012

While at Work

Salam. Annyeong! Hehe semenjak dua menjak phone aku ni ada application 360, kerja aku menghambik gambar je, konon-konon seni la tu. Ahh heran ape, free je pun, kalau gambar tak berkenan di hati, delete, takpayah cerita banyak-banyak heheh.

So, yeah, these are some of those "perasan seni" photos i kept.




Haa, ni kes kebosanan-takada-kerja-langsung ni xD

Nak wish awal-awal ni, selamat pengantin baru kepada kak Salwa (bertudung biru) yang bakal bernikah pada Sabtu 7 April 2012, yakni esok!! OMG saya pulak rasa nebes lebih-lebih ni! haha xD (dan angle gambar ni memang tak membantu pun haih)



Ok ok 3 gambar cukup, gambar aku yang lain nak delete lah, memenuhkan folder gambar 2012 aku je :P

Now playing: Dragon Force- Through the Fire and Flames

uzz31

Tuesday, March 6, 2012

Piece of Me


Been ages since my last entry ayte? Like even you care huh :P So many things happened, and I love every little details in it. Ahh, I shall finish my medical lab entries, so need to push my ass up, like now! =="

Now listening: Big Bang- Love Dust

uzz31

Tuesday, February 21, 2012

Thanks To


uzz31

Sunday, February 19, 2012

Cara Sebenar Duduk Mengadap Komputer


Kenyataan: TAK RAMAI PONN YANG IKUT CARA PERTAMA TU HAHHAHAHA XDD

Now listening: MBLAQ: Scribble

uzz31

Thursday, February 9, 2012

Untitled Still

Salam. Annyeong! Fuuu~ mood aku malam ni nyaris terpesong jauh dari gembira, lepas aku blogwalking tadi. Jumpa satu blog ni, awal2 lagi kerja nak maki2, pakai ayat minah rempit pulak tuu, (Aku punyea psal lha, ni blogger aku, kau heran apea aku na kate macam2 kat cnie!) <-- Lebih kurang macam ni ayat keramat dia. Adehh, budak, aku cepuk mulut itik kau tu, sia-sia hidup kot, dah la huduh, perangai taknak kasi elok2~

Okay back to the story asal. Haritu aku jalankan aktiviti mengemas bilik. And tadaa~! Look what I found?? Tons of magazines, yang aku dah kumpul sejak tahun 2004, tersimpan kemas dalam laci. Cehh. Ada jugak kaset lama, yang memang for sure takkan dengar suara merdu bila dimainkan sekarang, silap2 dengar, meremang jugak bulu dada. Haihh..


Sadly, most of these precious collection, aku kena buang, sebab fikir2 balik aku tak baca dah pun balik semua majalah lama tu, kaset tu pun kalau simpan macam la boleh play lagi. Tapi, majalah yang special edition, yang Rain menjadi cover, aku wajib simpan! Sayang nak buang, gambar laki aku tu, wuuu T.T

Nanti ada masa lagi nak godek almari pulak. Almari ni lagi adventure, kalau aku jumpa benda menarik, InshaAllah akan di share dengan korang. Haip! Share gambar je, bukan share barang, haha~

Ohhh!!!!!!! Happy 2000 days anniversary Big Bang!!

Now listening: Kang MinHyuk- Stars

uzz31

Sunday, January 29, 2012

Hmm.. You Can Leave Now


Every single effing time..

uzz31

That awkward moment when you see URLs with a better love life than you.


Indeed.

P/s: my entries might outrageously random if i want to :P

Now listening: Teen top- Crazy

uzz31

Friday, January 27, 2012

Budak-budak Korea Utara Hebat Bermain Gitar!

Salam. Annyeong! Tengah surf2 video kat Youtube, jumpa satu video hebat ni. Sekumpulan 5 orang budak, 3 lelaki dan 2 perempuan, persembahkan bakat bermain gitar. Sangat cool okay!! ^^


Now playing: I'm Not Single (Malay Movie :P)

uzz31

Wednesday, January 18, 2012

Tumblr, Youtube, Facebook Bakal Tutup Kedai??

Salam. Annyeong! Tengah syok2 melayan fanpage Infinite, tetiba admin dia kasi satu statement ni:

Websites like Tumblr, Youtube, Facebook, Myspace, Twitter, Reddit, Google, Wikipedia, etc. will most likely be down for 12 hours tomorrow. Showing the protests against SOPA or "Stop Online Piracy Act" or for short 'The Doomsday of the Internet'.

Apparently, Wikipedia sudahpun start sesi "blackout" dorang sekarang. Try la bukak Wikipedia sekarang tengok apa ada? Gelap je kan? Haa, masakk la bebudak yang tak siap lagi assignment :P


Aku tak kisah pun kalau Facebook nak down whatsoever, tapi macam mana nasib Tumblr dengan Youtube??? Aku cam tak boleh nak terima hakikat je kalau 2 site ni ditutup!! Mana nak cari sub-k-videos, fancams, fanfics lagi??? Adoiiii =="

Hopefully benda ni tak lah berpanjangan, dan janganlah sampai ada site yang ditutup buat selama2nya. Aihh

Untuk sesiapa yang nak tau info lagi bez pasal isu SOPA ni, nah sini link ke article yang share info yang lagi detail pasal hal ni.

Now listening: Hot Issue (Beast version)

uzz31

Sunday, January 15, 2012

Lets Troll!



Salam. Annyeong! Ehh, apa kena mengena gambar aku yang kat atas ni dengan tajuk entry kali ni? Jawapannya: Ni blog saye, sebab tu la ade muke sayee~ #Troll

Hahha, kan dah ada kena mengena tu xD
Oke, sekarang ni aku tengok ramai anak muda tua Melayu yang layan lawak2 troll ni, yang paling popular 9gag tu lah kan. Sebagai warga Tumblr yang setia, awal2 lagi aku dah layan lawak species sarcastic cenggini haha *bangga*. In your face!

Character2 Troll, Derp, Derpina, Forever Alone, memang antara favorite aku haha xD

Meh layan menda2 ni, kalau macam terasa dengan lawak sarcastic yang ada ni buat2 xterasa jela, bukan aku yang buat pun lawak2 ni, aku tukang gelak je weeee






Yang ni memang terbaik. FOREVER ALONE IE. Hahahahahaha

Foot note: lawak jenis macam ni bukan semua orang boleh enjoy, yang berjiwa sarcastic je yang boleh faham dan mampu ketawa, selebihnya akan bermuka macam ni:

*True story!

Now listening: MBLAQ- It's War

uzz31

Monday, December 19, 2011

Perempuan Tak Pandai Masak? Aiyokk..

Headnote: Entri ni dibuat pada 2:20PM ketika aku mempunyai banyak masa terluang di tempat kerja. Haha.

Salam. Annyeong! Sekarang aku masih dalam mood "menyambut" birthday my Beasty boyfie, Yong Junhyung, bersama2 B2uty dan Jester yang lain. Weee :P
Siap aku punya handphone wallpaper pun harini pakai gambar dia yang comel. Teehee.

Ni ha, gambar Junhyung masa zaman2 baru debut dulu, sangat comel okay, senyuman dia tu yang jarang2 dapat dilihat, bila sekali tengok, memang rasa nak senyum sekali lah! Hee ♥

Ehem.
Okay stop dulu cerita pasal Junhyung aku ni, nak banyak2 cerita layan je kat Tumblr dan Twitter aku, memang tak mengecewakan :P

Back to the story.

Korang rasa-rasa lah, dalam zaman yang serba moden ni, dan restoran2 seberang jalan tepi rumah jiran pun senang nak pergi menjamu selera tiap2 hari, berapa ramai kah anak gadis muda mudi yang pandai memasak? Dan untuk yang kategori "pandai masak" ni, berapa kerat yang masakannya benar2 sedap? Masakan siapa yang baru sekejap dihidang atas meja makan, dah lenyap dihadap ahli keluarga dengan penuh selera?

Haa.. Terkena batang hidung? Jangan risau, tuan blog ni pun sama terkena batang hidung jugak, siap masuk tersumbat dalam lubang hidung lagi. Erkkk =="

Antara alasan yang selalu dapat dari seorang gadis yang tak pandai masak ni adalah:

1. Masih muda, belajar kat kelas pun belum tentu lulus lagi, susah nak buat benda lain.
- Okay, kategori "muda belajar" tu yang mana satu? Kalau masih Darjah 1 yelah muda, tapi kalau dah rasa2 masuk umur dua angka, nak2 lepas SPM tu, takpayah lah bagi alasan susah nak tumpu perhatian dalam pelajaran. Yang hari-hari bersenang hati keluar shopping, movie, karaoke sakan bersama classmates (nak2 yang jenis stay in hostel, jauh dari parents) tu tak mengganggu pelajaran la? Cehh!! Eh, emo pulak aku ni, haihh, aku emo sebab aku dengar dengan telinga aku sendiri, ada sorang pompuan satu rumah time belajar dulu, bagi alasan ni kat aku, macam la aku tak tau sebenarnya dia malas nak amik giliran memasak, tau melahap je. Kan pompuan? LOL

2. Buat apa susah2 masak, ada mak masak kat rumah.
- Haa, ni memang dah selalu kan, memang majoriti pun. Tak rasa cam kesian ke? Dah lah penat mengemas rumah, membasuh baju walaupun sekadar menekan butang mesin basuh automatik, menyidai baju di ampaian pulak lepas tu. Kena memasak seorang diri, silap2 lepas semua orang habis makan, mak jugak yang kena basuh semua peralatan memasak dan hidangan tadi. Kesian.. Kesian.. Kalau dah malas sangat pun, paling tak, tolong lah mak masak nasik ke, jerang air ke, potong2 sayur ke, at least jimat la sikit tenaga beliau untuk kerja2 lain, dan teknik memasak korang pun dapat la ditingkatkan sikit, daripada tak tau langsung.

3. Nak kahwin nanti baru lah belajar masak.
- Haha, lagi satu alasan. Question is; tau ke bila kawin? Buatnya tiba2 esok jugak gatal nak kawin, tak ke kelam kabut nak belajar itu ini? Kalau genius time2 tu jugak boleh pakar takpe lah, ni, seminggu ber-honey moon makan megi. Seminggu tu si laki tahan la lagi, kalau berbulan-bulan megi je ditala, alamatnya.. Fikir lah! Weee xD

4. Hey, biarlah aku taknak masak, duit banyak ni hari2 boleh makan KFC!
- Haa, bagus lah tu perangai, baru kawin dulu bagi laki makan megi hari2, sekarang dah beranak pinak hari2 menu di steakhouse, paling tak pun restoran makanan segera yang diketahui umum "tersangatlah sihat" untuk diamalkan. Ok lah tu, amalkan selalu ye, memang sihat pun anak beranak nanti, yeayy.

5. Alaa, takut la minyak panas terpercik2 time memasak tu..
- MATI KE? Tak kan.. Alah, bukannya setiap kali korang masak pun akan mendapat "letupan hangat" tu kan, rileks sudah.. kalau rasa cam takut sangat, pakai la pape perlindungan yang patut, pakai apron ke, baju lengan panjang ke, sunglasses ke, sunblock ke, tak pun sunquick. Oke yang dua last tu aku mengarut. Dan cara yang paling senang sekali adalah: Jangan memasak hidangan bergoreng yang suka letup-letup kalau taknak muka korang yang cantik mengalahkan Hana Tajima tu jadi cacat terkena minyak panas. Tak tau hidangan yang mana yang suka meletup2? Try test la satu-satu, bandingkan yang mana suka meletup, yang mana tak, lepastu teruskan masak hidangan yang tak letup2 masa dimasak tu di masa akan datang. Nyiahahahaha~

Orait, itu sajalah sebab2 yang mungkin korang pernah dengar, ataupun mungkin jugak itu alasan korang sendiri untuk tidak belajar dan menjadi pakar masak, ikutkan banyak je lagi ni. Tapi girls, papepun, kita tak perlu lah nak sepakar Masterchef tu, tapi asalkan kita pakar memasak untuk santapan sekeluarga, sudah memadai, nak pikat hati bakal mak mertua pun senang, haha.. Selamat belajar! ^^

Mesti bez dapat buat makanan yang comel2 macam ni! ^^

Now listening: JS & Hyunah- The words I don't want to hear

uzz31

Friday, December 2, 2011

Lelaki Bangsat


Seorang gadis berusia 20-an menemui seorang doktor pakar jiwa..

Gadis : "Doktor, saya merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya memanggilnya lelaki bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan ada kalanya pula saya rasa memang patut saya memanggil dia seperti itu..."

Doktor : "Hmm. panggilan itu memang hinaan yang agak melampaui batas untuk seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab tersendiri memangilnya sedemikian. Ceritakanlah kepada saya agar saya dapat membantu.."

Gadis : "Ya memang ada, pada suatu malam kami berdua-duaan dalam kereta di tepi pantai. Dia pegang tangan saya."

Doktor : "Dia pegang tangan kamu seperti ini?" Dr tersebut memberi contoh.

Gadis : "Ya. seperti yang doktor lakukan"

Doktor : "Kalau hanya ini, tidak sepatutnya dia dipanggil bangsat. Itu tandanya dia tidak mahu berpisah dengan kamu..."

Gadis : "Kemudian dia merapatkan badannya kepada saya dan memeluk bahu saya......"

Doktor : "Dia lakukan seperti inikah?"

Gadis : "Ya.. seperti inilah dia peluk saya doktor.."

Doktor : "Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mahu sentiasa berdampingan dengan kamu" kata Dr itu lagi.

Gadis : "Kemudian dia cium saya."

Doktor : "Dia cium kamu seperti ini ?"

Gadis : "Ya. Ciumannya sama seperti yang doktor lakukan."

Doktor : "Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil bangsat, itu tandanya dia sayang kamu, kan ?"

Gadis : "Kemudian dia memasukkan tangannya ke dalam baju saya dan meraba-raba saya doktor.."

Doktor : "Dia lakukan seperti ini kah?"

Gadis : "Ya, seperti yang doktor lakukan inilah cara dia memperlakukannya. ."

Doktor : "Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mahu membelai diri kamu.."

Gadis : "Kemudian dia menanggalkan semua pakaian saya satu persatu.."

Doktor : "Adakah kamu membantah tindakannya? "

Gadis : "Tidak, saya merelakannya sebab saya sayang dia.."

Doktor : "Dia tanggalkan pakaian kamu seperti ini ?"

Gadis : "Ya, sampai saya telanjang bulat seperti ini doktor...."

Doktor : "Itu masih belum layak dipanggil bangsat, kerana dia sememang ingin mengenali diri kamu sepenuhnya"

Gadis : "Kemudian dia mencumbui saya lalu melakukan hubungan seksual dengan saya ..."

(selepas seketika.... )

Doktor : "Dia lakukan seperti yang kita lakukan seperti tadi kah?"

Gadis : "Ya. Memang itulah yang dia lakukan ketika itu"

Doktor : "Hmm, itu juga masih belum boleh dipanggil bangsat. Itu tandanya dia memerlukan kamu kan!?"

Gadis : "Tapi kemudian dia memberitahu saya bahawa dia ada HIV positif"

Doktor : "HAH?? DIA..MEMANG ... BANGSAT!!.. BANGSAAA TTT!!!!.. LELAKI BAAANGSAAAAAAAAT TTTTT!!!!!!!!

Hahahaha!! CR

P/s: Gambar Song Joongki tu sekadar hiasan semata-mata, tu pun copy URL kat Tumblr aje, malas upload sendiri bhahahaha :P

DSC090622

Sunday, November 13, 2011

Kelass Kau Maria! Ehh, Amanwan!!

Salam. Bhahaha tergelak guling aku tengok "makeup tutorial" yang AmanWan buat. Memang stail lah! xD
Video AmanWan ni adalah parody kepada video Make up Tutorial Maria Elena, manakala video Maria Elena tu pulak parody kepada Make up Tutorial Michelle Phan. Haha, kemain lagi~

Tips yang paling bez tu bila dia ajar cara-cara pakai bedak dan melembabkan bibir, meremang bulu roma aku tengok, nyiahahaha



DSC090622

Monday, November 7, 2011

Watak – Watak Pengguna Di Facebook

Sambil2 stream newsfeed Facebook aku, ada satu fanpage ni bukak satu topik, watak2 apa yang kita ni tergolong bila kat dalam FB. Antaranya:

1. MODEL
Tukar gambar setiap hari, silap haribulan gambar dalam jamban pun boleh jadi default photo.

2. PENJENAYAH
Tukar nama setiap hari~

3. MASIH DALAM DUNIA MYSPACE
Namanya menggunakan simbol² sehingga menyusahkan kawan² nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh - 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN
Suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS
Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc) duhh

6. BINTANG FILEM
Suka update status setiap 5 minit, yela, kesian kat peminat2 taktau apa perkembangan terkini kan~

7. BINGUNG
Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status =="

8. PERASAN HEBAT
Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh: Otw ke Mydin Mall. Kemudian: Di Mydin Mall shopping jap. Kemudian: Karaoke di Mydin Mall. bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy =="

9. BUDAK HINGUSAN
Selalu menampilkan gambar dengan gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dengan mulut terbuka luas, lidah terjelir2, tak takut lalat masuk dalam mulut ke dik?

10. SHOWOFF
Nak makan megi pun siap ambil gambar dulu pastu upload di profile.

11: PENGHENDAP BERJAYA
Kerja hari-hari menghendap atau perkataan lebih bez stalking orang lain, lebih bahaya semua gambar orang dia simpan dalam pc. Motif?

12: PENSUKA
Sikit-sikit "like" status orang, sikit-sikit "like" gambar orang, sikit-sikit "like" awek orang. Ehh? :P

P/s- Haha, macam-macam watak ada.. Korang watak yang mana??


DSC090622

Sunday, November 6, 2011

Konapun, Mainan Paling Sedap!


Salam. Annyeong! Sekarang aku macam obses gila nak tengok video2 comel orang masak makanan yang tak boleh dimakan, Konapun. Apa Konapun ni ek? Konapund*k ke? Ehh jangan mencarut di hari raya ni! Ayokk~~ Lalala


Konapun ni asalnya dihasilkan oleh Bandai Corp., syarikat mainan Jepun yang popular tu. Ia adalah miniatur, kit untuk "memasak" replika makanan, secara real!


Konapun. "Kona" bermaksud powder, ataupun serbuk. Ramuan utama untuk serbuk ni adalah sodium alginate, iaitu serat yang terkandung di dalam rumpai laut.

Setiap serbuk makanan tersebut mengadungi perasa tambahan yang berbeza untuk menghasilkan warna dan tekstur yang diperlukan untuk menghasilkan bentuk makanan yang diinginkan.

OMG.. Wae looks so yummy??


Semua "makanan" ni tak boleh dimakan pun, tapi ia tak sikit pun mengurangkan keseronokan menjadi surirumah-perasan-bagus-memasak~! Haha

Sundae on Sunday!

Siap ada mesin buat eskem O.o



Nah, sekarang enjoy video2 memasak natang ni. Sangat comel macam ape je =="





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels