Tuesday, December 28, 2010

Cousin's Wed, ICT Mari

Jumaat haritu aku ponteng kerja (practical) sebab nak ke kolej, ada hal yang lama tertunggak baru dapat selesai, Alhamdulillah.. Jadi, aku bertolak lah pulang ke rumah aku petang Khamis lepas kerja. Sesampai je aku kat KTM station Rawang, ayah kesayangan aku amik, weeee :P And dia cakap "alang2 dah ada kat sini, Sabtu ni bole la join kenduri kawin Kak Lia". I was like "..... Ehh a'ah la, dah Krismas ni, ada kenduri, adess cemana bole lupa ni?" (padahal aku memang jenis nyanyuk pon HAHA)

Sabtu pagi aku, mak and ayah gerak ke rumah mak njang di Sentul, tolong2 utk persiapan kenduri. Tetiba, Makteh ajak aku teman jenjalan. Fyi, makteh punya rumah sebelah je dengan Mak Njang tu. So aku mengambil keputusan g teman dia jenjalan, harhar. Kebetulan pulak abang sepupu aku, aku panggil dia Abg Kerry (HAHA) call Makteh, konon nak datang rumah. Apa lagi, kitorang pun mengambik kesempatan la menumpang kasih naik kereta baru Abg Kerry tu, weee xD G jenjalan, dapat baju free, makan steamboat kat Johnny's free, eskem free, mmg heaven la. Nasib baik je tiket wayang "Hantu Kak Limah Balik Rumah" full booked, kalau tak, memang tersangat la kowt heaven, aku nak tengok cerita tu, dorang cakap kelakar mengalahkan Zombi kampung Pisang HAHA :PP

Maktehku memang hensem xP

Abg Kerry juling HAHAA

Cuci perut, mata, hidung, semua sekali lah kat sini, weee~

Malam tu kitorang balik, aku terus ke rumah sebelah (Mak Njang) nak tolong2 lagi untuk kenduri tahlil malam tu. Alik2, Kak Masitah one of my cousin ajak keluar jenjalan. Aku ape lagi, join aje la, bukannya selalu kan dapat hangout sekali dengan dorang ni, hehe. Punya la bermesyuarat, last2 destinasi pilihan kitorang adalah ICT di Shah Alam. Luckily sepupu Kak Masitah sebelah ayah dia student PTPL Shah Alam, so dia taw la arah jalan di sana (aku ni nama je ada lesen, tapi nak jalan dalam daerah Rawang pon merangkak2 lagi, taktau jalan hahhahahhahaa!! *cover malu* So, back to the story, gambar2 time majlis tahlil n majlis persalinan pengantin tu mak aku ada amik gambar2. Dan aku pulak join Kak Masitah, Abg Din, Omar n Lihi ke ICT. Tempat tu agak menarik la, tapi mcm tak mesmerizing sebab aku dah banyak kali tengok membe2 lain post gambar dorang kat ICT, so bila aku sampai sana, semua yang aku tengok tu sama je dengan bayangan aku lepas tengok gambar kawan2 aku yang dah pergi sana. Tapi, as a cam-whore, memang best gila ah amik2 gambar kat situ, heheheh, cousins aku pun join cam-whoring skali, sporting habess! :) Siap satu pusingan jenjalan kat situ, kitorang pun balik la ke Sentul, and aku with Ayah n Mak teruskan perjalanan ke Rawang..

Kak Lia n Abg Boy (err xtaw nama sebenar) slamat pengantin baru :)

Kak Jan, Mak, Kak Lia, Aten

Wahh tema Korea gitu! :D

Hindustan marii~

Hoho aku suka pokok putih, very the good lighting! xD

Peace! (Omaq kat belakang sibuk haha)

Abg Din, Lihi, Me, Omar :)

Abang Din, Kak Masitah, Me, with the burung merak background

With Kak Masitah yang comel (nampak macam sebaya kann? xD)
Ahad, kenduri diadakan kat dewan serbaguna kat Bandar Baru Sentul. Aku dengar suara MC yang handle majlis tu macam kenal je, then aku tengok ghupenye tu Dj Maju Junction heheh, patut la macam selalu je dengar suara tu, sebab aku rajin bayar broadband aku kat MJ tu, so mmg nampak la pape yang jadi kat pentas MJ tu, hee. Kat kenduri ni aku jumpa ramai sedara, jiran2 lama, n kawan2 yang dah lam tak bersua muka, termasuk lah cik Eida! weee lama gila tak jumpa, and yang penting dia still maintain size S dari dulu, n aku pun still maintain dengan size L, wakakaka xD

Mak n Mak Njang di hari kenduri

Aten, Eida, Kak Lia, Me

Cantik makeup Kak Lia harini :)

Silat cekak pinggang. lallallala~

cousins

separuh je ni dapat kumpul, kalau semua cousins join sekali mesti lagi best! :D

Me with Aten yang cute ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...