Isnin 27 Disember 2010, 11.52 am, first time aku tengok procedure macam mana doktor sedut cell dari breast pesakit. Nama procedure tu- Fine Needle Aspiration for Cytology (FNAC). Nama akak yang nak diambil sample breast cell tu ialah Nurul Azwa, dan nama doktor yang in charge buat FNAC ialah Dr. Azlan. Nurul Azwa ada ketumbuhan di right breast, and doktor kena masukkan jarum bersaiz 23G untuk ambil cell2 yang berkaitan untuk siasatan selanjutnya (Pap staining kat dalam lab cyto nanti). First time aku tengok jarum n syringe tu, MAKK AIHH! Besaw nye kalau nak cucuk kat tetek kakak tuh! Sakit kowt! Tapi, aku kena ketatkan muka jadi tak berperasaan, tak boleh la buat muka macam tengah tahan sakit ke, tahan berak ke, karang kakak tu lagi la seram sejuk, kesian lak kan..
Nasib baik Dr.Azlan tu gentle orangnya, cakap pun suara lembut je, takde la men-tension-kan lagi orang lain yang tengah serabut ni. Aku pun beranikan diri tengok time doktor tu start buat aspiration kat right breast akak tu. Kesain aku tengok muka akak tu berkerut2 menahan kesakitan, sebab kalau nak dapatkan sel2 dada (ductal cell), doktor kena menggerak2kan jarum ke depan belakang, berulangkali, sebab nak pecahkan cluster sel atau nak dapatkan cyst yang ada.
Jarum yang digunakan untuk FNAC
Perrggghh!! Korang agak2 seram tak kalau tengok benda ni cucuk2 breast korang? =.="
Great experience, Insyaallah aku akan ingat sampai bila-bila n kalau boleh aku akan jaga kesihatan aku baik-baik.. :)
1 comment:
yeezy
kevin durant shoes
supreme hoodie
bape clothing outlet
golden goose
hermes
bape clothing
kobe shoes
kyrie irving
goyard handbags & purses
Post a Comment