Thursday, December 29, 2011

Emosi Kurang Stabil

Salam. Annyeong! Aihh sejak beberapa hari ni aku asyik ber-emo-mellow je, especially masa kucing aku hilang selama 3 hari. Last2 found out yang si mengong ni rupanya stuck dalam rumah jiran yang pulang ke kampung. T.T tak pasal2 kena puasa 3 hari, eeee penat je aku risau kat si mengong tu. ==" Nasib baik jugak dia tak berak rumah orang tu, kalau tak, jenuh la aku sebagai owner ni nak kena cuci xD

Si mengong yang menyusahkan tapi comel haha

Smile is not really a sign of happiness. Seriously. Sigh~ :)
Now listening: Scissor Sisters - Fire With Fire

uzz31

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday 281211 Like Father Like Son


uzz31

Tuesday, December 27, 2011

I hate the Hijab!


Yeah, the vid seems a bit noob, tak canggih macam MV Lady Gaga Marry the Night, but it may worth your 4 minutes. ^^

uzz31

Sunday, December 25, 2011

Not In the Mood

Salam. Annyeong! Aihh been few days since my last entry. Seriously takde mood nak berceloteh tentang apa2, disebabkan keadaan my beloved Beast Yong Junhyung. Kerja aku selama beberapa hari ni adalah cuma men-stalk perkembangan Junhyung and the rest of Beast aje. His backpain was strike again, dan jadual aktiviti untuk Beast seems has no ending for this festive season, mesti keadaan dia teruk, dan sakit pun lambat nak sembuh, aigoo..

Luckily their managers have sent him to medical attention, harap2 cepat la recover~

Oke I'm sorry, ni bukan Junhyung haha :P

Orait! Ni ha bukti Junhyung ada pergi ke rawatan acupuncture untuk backpain treatment dia tu

Bila tengok video2 yang kat bawah ni, dengan keadaan Beast yang tak-berapa-nak-sihat ni, it kills me! :(




Junhyung tetap tersenyum walaupun kesakitan, aihh


Gikwang punya sprained leg pun tak recover lagi, perform on stage pun duduk atas kerusi aje


Junhyung, wae u make me falling over and over again? xD

Get well soon!

uzz31

Thursday, December 22, 2011

ST: Cry


uzz31

Wednesday, December 21, 2011

Terma

Salam. Annyeong! Headnote: Entri dibuat pada 1210pm ketika ada masa terluang di tempat kerja. In fact, memmey selalu pun ada masa free, muehehe.

Sesiapa yang rasa diri tu B2uty mesti tahu harini ada apa. Haa, 21 Disember adalah bersamaan dengan Hari Junseob! Woohoo!


Lagu "Thanks To" hasil gabungan Yong Jun Hyung dan Yang Yo Seob BEAST telah released pada tarikh ni, tahun 2010, so, hari ni kira anniversary yang pertama lah sejak lagu tu di-release-kan.
Walaupun aku ni Junseung (Junhyung+Hyunseung) shipper yang tegar, tapi aku tak lupakan OTP2 yang lain okay, semua aku sokong! Even OTP dengan manager diorang pun aku sokong jugak, hahaha.

Hmm, ni aku cerita2 ni korang tau ke OTP tu ape? Species Otomen (Ultraman) baru ke? Oh, tidak.. Oke aku share sikit lah terma2 yang selalu digunakan dalam dunia yang mungkin hanya sesetengah masyarakat tau, yang sejenis dengan aku ni la, if you know what I mean :P

OTP = One True Pair/ Pairing
OTL = One True Love
OT6 = One True 6 (selalu B2uty sebut ni untuk group BEAST kesayangan kami ni hihikk)

Got it?

*Aku share ni pun sikit je, kalau ikutkan betul2 memang lagi banyak la kan terma2 yang ada diguna, tapi jari ni cam malas la pulak nak tekan2 keyboard, kalau pakai iPad takpe lah. Alasan weee*

Now listening: Avenged Sevenfold - So far away


uzz31

Monday, December 19, 2011

Perempuan Tak Pandai Masak? Aiyokk..

Headnote: Entri ni dibuat pada 2:20PM ketika aku mempunyai banyak masa terluang di tempat kerja. Haha.

Salam. Annyeong! Sekarang aku masih dalam mood "menyambut" birthday my Beasty boyfie, Yong Junhyung, bersama2 B2uty dan Jester yang lain. Weee :P
Siap aku punya handphone wallpaper pun harini pakai gambar dia yang comel. Teehee.

Ni ha, gambar Junhyung masa zaman2 baru debut dulu, sangat comel okay, senyuman dia tu yang jarang2 dapat dilihat, bila sekali tengok, memang rasa nak senyum sekali lah! Hee ♥

Ehem.
Okay stop dulu cerita pasal Junhyung aku ni, nak banyak2 cerita layan je kat Tumblr dan Twitter aku, memang tak mengecewakan :P

Back to the story.

Korang rasa-rasa lah, dalam zaman yang serba moden ni, dan restoran2 seberang jalan tepi rumah jiran pun senang nak pergi menjamu selera tiap2 hari, berapa ramai kah anak gadis muda mudi yang pandai memasak? Dan untuk yang kategori "pandai masak" ni, berapa kerat yang masakannya benar2 sedap? Masakan siapa yang baru sekejap dihidang atas meja makan, dah lenyap dihadap ahli keluarga dengan penuh selera?

Haa.. Terkena batang hidung? Jangan risau, tuan blog ni pun sama terkena batang hidung jugak, siap masuk tersumbat dalam lubang hidung lagi. Erkkk =="

Antara alasan yang selalu dapat dari seorang gadis yang tak pandai masak ni adalah:

1. Masih muda, belajar kat kelas pun belum tentu lulus lagi, susah nak buat benda lain.
- Okay, kategori "muda belajar" tu yang mana satu? Kalau masih Darjah 1 yelah muda, tapi kalau dah rasa2 masuk umur dua angka, nak2 lepas SPM tu, takpayah lah bagi alasan susah nak tumpu perhatian dalam pelajaran. Yang hari-hari bersenang hati keluar shopping, movie, karaoke sakan bersama classmates (nak2 yang jenis stay in hostel, jauh dari parents) tu tak mengganggu pelajaran la? Cehh!! Eh, emo pulak aku ni, haihh, aku emo sebab aku dengar dengan telinga aku sendiri, ada sorang pompuan satu rumah time belajar dulu, bagi alasan ni kat aku, macam la aku tak tau sebenarnya dia malas nak amik giliran memasak, tau melahap je. Kan pompuan? LOL

2. Buat apa susah2 masak, ada mak masak kat rumah.
- Haa, ni memang dah selalu kan, memang majoriti pun. Tak rasa cam kesian ke? Dah lah penat mengemas rumah, membasuh baju walaupun sekadar menekan butang mesin basuh automatik, menyidai baju di ampaian pulak lepas tu. Kena memasak seorang diri, silap2 lepas semua orang habis makan, mak jugak yang kena basuh semua peralatan memasak dan hidangan tadi. Kesian.. Kesian.. Kalau dah malas sangat pun, paling tak, tolong lah mak masak nasik ke, jerang air ke, potong2 sayur ke, at least jimat la sikit tenaga beliau untuk kerja2 lain, dan teknik memasak korang pun dapat la ditingkatkan sikit, daripada tak tau langsung.

3. Nak kahwin nanti baru lah belajar masak.
- Haha, lagi satu alasan. Question is; tau ke bila kawin? Buatnya tiba2 esok jugak gatal nak kawin, tak ke kelam kabut nak belajar itu ini? Kalau genius time2 tu jugak boleh pakar takpe lah, ni, seminggu ber-honey moon makan megi. Seminggu tu si laki tahan la lagi, kalau berbulan-bulan megi je ditala, alamatnya.. Fikir lah! Weee xD

4. Hey, biarlah aku taknak masak, duit banyak ni hari2 boleh makan KFC!
- Haa, bagus lah tu perangai, baru kawin dulu bagi laki makan megi hari2, sekarang dah beranak pinak hari2 menu di steakhouse, paling tak pun restoran makanan segera yang diketahui umum "tersangatlah sihat" untuk diamalkan. Ok lah tu, amalkan selalu ye, memang sihat pun anak beranak nanti, yeayy.

5. Alaa, takut la minyak panas terpercik2 time memasak tu..
- MATI KE? Tak kan.. Alah, bukannya setiap kali korang masak pun akan mendapat "letupan hangat" tu kan, rileks sudah.. kalau rasa cam takut sangat, pakai la pape perlindungan yang patut, pakai apron ke, baju lengan panjang ke, sunglasses ke, sunblock ke, tak pun sunquick. Oke yang dua last tu aku mengarut. Dan cara yang paling senang sekali adalah: Jangan memasak hidangan bergoreng yang suka letup-letup kalau taknak muka korang yang cantik mengalahkan Hana Tajima tu jadi cacat terkena minyak panas. Tak tau hidangan yang mana yang suka meletup2? Try test la satu-satu, bandingkan yang mana suka meletup, yang mana tak, lepastu teruskan masak hidangan yang tak letup2 masa dimasak tu di masa akan datang. Nyiahahahaha~

Orait, itu sajalah sebab2 yang mungkin korang pernah dengar, ataupun mungkin jugak itu alasan korang sendiri untuk tidak belajar dan menjadi pakar masak, ikutkan banyak je lagi ni. Tapi girls, papepun, kita tak perlu lah nak sepakar Masterchef tu, tapi asalkan kita pakar memasak untuk santapan sekeluarga, sudah memadai, nak pikat hati bakal mak mertua pun senang, haha.. Selamat belajar! ^^

Mesti bez dapat buat makanan yang comel2 macam ni! ^^

Now listening: JS & Hyunah- The words I don't want to hear

uzz31

Sunday, December 18, 2011

Happy 23rd Birthday Yong Jun Hyung! ^^

This entry is especially made for Beast Junhyung! Sempena birthday nya yang ke 22 tahun ni (but in Korea they count it 23 years) Woohoo! You know you're my ULTIMATE bias don't you? Hehe ♥

Apa lagi? Photo spamming lah! xD

19 December 1989^^


The precious smile :)




Paling suka masa 2Jun teases each other! Junhyung "bertukar" jadi girlish tetiba bhhahahha


Walaupun sudah ada yang punya, I still love you lahh! Teehee! :D


Gambar zaman pre-debut pun dah hemsem kann, apatah lagi sekarang~ xD

Alololo, jangan la malu.. Nyiahahah xD

Okay I'm sorry upload gambar yang tu, nak buat macam mane kan, dalam folder Junhyung sorang ada 867 gambar, lalalal


Swag!





Yong Jun Hyung,

‘It isn’t easy to fill up a blank space, the memories just shine a light to where you were, words that i don’t even mean , i send them to you, clenching my fist tight, good luck to you.”

you’re one of the most amazing rappers to ever exist, you have the ability to not only dance,sing,rap and compose but to make all b2uties scream their freaking lungs out the minute you bring the mic to your lips. At first it was your lyrics that really stuck to me but then i realized the other side to you, your whole personality is truly amazing, your cute laughing style and unexpected aeygo , slapping your members and falling over in public, pinch-able cheeks and a thick tongue, a tattoo that isn’t just same random crap but actually has meaning, your motherly nagging and love for coke. everything about you has made me love you more and more , and im sure all b2uties feel the same, wishing you the bestest birthday and the best future possible . HAPPYJOKERDAY ~


Now listening: Yong Jun Hyung (Beast) - Be My Love

uzz31

Saturday, December 17, 2011

Hukum Memakai Braces

Salam. Annyeong! ^^ Hari Sabtu yang tenang di kawasan rumah aku, tambah pulak hujan seharian, memang kena dangan tema hari ni, syok tidur! Nyiahaha

Korang tau kan braces tu apa? Ala, kalau dalam BM dipanggil pendakap gigi tu. Hah? Tak tau jugak? Apa ke noob sangat budak ni? Heheh gurau, gurau.. :P
Braces tu yang macam besi2 divider terlekat kat gigi tuh, macam gambar kat bawah ni ha, yang muka belah kiri tu :-


Hah! Pasal benda alah tu la aku nak cerita kali ni! Oke, sebenarnya, sejak zaman sekolah lagi aku nak sangat pakai braces ni, sebab nak cantikkan gigi aku yang tak sekata di sesetengah part ni. Tapi, disebabkan kosnya yang mahal, aku tak mampu nak buat lah time tu.
Dan, bila dah bekerja ni, aku mula simpan angan2 nak pergi jugak ber'braces'kan diri aku ni, so langkah pertama adalah dengan melakukan research la dulu kan, mana boleh menonong je buat, kang naya sendiri jugak yang susah.

Dalam masa mencari2 artikel yang berkaitan, aku jumpa satu site ni, renungkan..

"Nabi bersabda :
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” (Shahih Muslim #3966)

“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah."

Oke, artikel ni membuat aku berfikir, apa tujuan sebenar aku nak pakai braces? Untuk kesihatan kah? kalau tak pakai braces boleh hancur ke mulut aku "dimamah" gigi sendiri? Oh, tidak. Diri aku masih normal, masih hidup sehingga berumur 21 tahun ni, Alhamdulillah.
And another thing for sure; jangan halalkan apa yang haram.

Haihh, duit yang terkumpul ni nak buat apa ek? Hmm.. Smartphone! Okay, smartphone! Woohoo!! xD

Now listening: Pop Shuvit- Nebula 11

uzz31

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday 141211: Kira-kira dalam Party??


P/s: Otak ni memacam idea ada nak diluahkan, tapi malangnya jari2 aku ni malas sangat nak bergerak, aihh~ =="

Now listening: 알리 Ali ft. BEAST Junhyung- 촌스럽게 굴지마 Don't Act Foolish

uzz31

Tuesday, December 13, 2011

Wordless Wednesday 141211: Takut Bini


uzz31

Monday, December 12, 2011

Penat Doh!

Oke, ini muka penat aku harini (lol double eyelids aku sangat terserlah, confirm Yoseob tengok jeles je hoho) seharian kesana kemari! Cuti sama rasa macam orang bekerja buruh je, adoi. Nasib baik lah ada jugak benda2 berjaya diselesai dan disempurnakan, dan harini jugak aku dapat tau siapa boleh harap, dan siapa sampah. Yes, sampah indeed~~

Now listening: Neon Trees- Your Surrender

uzz31

Sunday, December 11, 2011

Tipikal


Aku tak patut senyum. Aku tak rasa macam mana yang kau rasakan. Jangan harapkan aku, sikit pun jangan. Aku tak patut senyum sejak mula lagi. Senyuman aku menyeksakan semua orang. Mungkin.
Ataupun, mungkin orang cuma sakit hati dengan sedikit lebih yang aku ada, dan mengharapkan senyuman ni langsung hilang, baru puas hati mereka. Mungkin.
Jangan terlalu mengharap, jangan. Aku mugkin tak cukup baik, hanya sekadar mampu tersenyum, itu sahaja. Jangan siakan apa yang dah ada, teruskan.

Now listening: Jessie J- Nobody's perfect

uzz31

Saturday, December 10, 2011

Congrats Maria Elena! ^^


Awwww Maria Elena's big E's day is today!! Omg sangat cantik in pink! Pilihan warna yang sangat sweet untuk hari pertunangan kak Maria and her man of her life, mr Asfirdaus a.k.a Dato (as mentioned by herself ya, hihi) :)


Err, Harry? xD


Her cousin, HunnyMadu pun datang memeriahkan majlis :D



Beautiful :')





Congratulations!! Tak sabar nak tunggu your wedding day pulak! Hikhik. Tapi dengar kata hari ni lah jugak your Akad day, betul ke? Lols kalau betul, congrats once again!! Awwww!! ♥
P/s: Click on the pictures to know where i got these pictures from! Malas nak credit2 hehh

Now listening: Big Bang- Love Song

uzz31
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...