Friday, December 9, 2011

All-time Favorite Songs

Salam. Annyeong! Hari aku rasa macam nak bernostalgik sekejap. Hidup aku dengan muzik memang susah nak pisah sejak dulu lagi, rasanya korang pun sama kann.. Oke, aku nak imbas balik 10 lagu-lagu yang menjadi kegemaran aku sejak dulu:


Goo Goo Dolls- Iris
Forever be my most favorite song! Lagu ni memang terbaik baq ang! Seriously. Tak ingat bila aku jadi suka lagu, ni, tau-tau je dah memang jadi all-time favorite dah. :D

Evanescence- My Immortal
Amy Lee punya suara kengkadang tu macam berhantu je, aku mesti kena wajib dengar lagu ni tiap2 malam dulu. Sampai ayah aku tegur la, "tak bosan ka asyik dengaq lagu ni ja tiap-tiap hari?" Erkkk =="

Estrella- Stay
Lagu ni memang takkan mengantuk punya bila dengar. Suara Liyana Fizi memang sedap, pergi layan dia nyanyi live pun tak mengecewakan, dah la comel hee.. Drummer dia pun comel, weee xD Too bad, Estrella dah berpecah, aihh

Simple Plan- Perfect.
"I'm sorry, I can't be, perfect.." Haaa, lagu ni memang top gila ah time aku form1 dulu, angau sampai siap tampal poster Simple Plan dalam bilik tuu, lalala xD


DBSK- Rising Sun
Haa, lagu Dong Bang Shin Ki yang ni yang paling daebak! Selain Rain, DBSK lah yang mula2 bertanggungjawab membawak aku ke lembah kpop ni. Aihhh why? lol bunyi macam menyesal pulak, takdenye, goodjob dbsk~! Weee *Time ni aku angau kat Xiah n Micky, comel gila!* xD


Agnes Monica- Tanpa Kekasihku
Lagu yang tragik. Tambah dengan vokal Agnes yang sememangnya hebat, memang kena lah, cam sedih je boyfriend dia mati awal, sadis sungguh, tskk

Wang Leehom- Forever Love
Dulu aku banyak woo layan lagu mandarin, wee, siap dengar radio cina, contohnya My fm, 988 n pape lagi lah, lupa.. Uihh Leehom ni kekasih lama aku oke xD Haihh dah tua2 pun muka awet muda je sentiasa, senyuman dia tu yang paling bez tengok, heee *sengih sorang2*. Lagu ni pun tragik jugak, awek dia kawin lain, tapi dia terima jugak kenyataan, siap nyanyi untuk wedding awek dia tu. Ishh3, tu la, dulu aku offer dia jual mahal, nak jugak pompuan tu, kan dah kena tipu.. Ehh? Haha

Hazrul Nizam- Kaulah Segalanya
Menggamit memori sungguh. Hahaha.. Lagu ni aku dapat dari makcik aku dulu, terus jatuh cinta dengan lirik lagu ni, perghh~ *Kenapa kebanyakan lagu aku review ni cam slow-mellow je. ahh pedulikk! xD

Corrine Bailey Ray- Put Your Records On
Masa first time dengar lagu ni, aku tercari-cari siapa lah empunya lagu ni, suara dia sedap gila kot, boleh dengar Brit-slang manja2 dia. Dan disebabkan zaman sekolah2 aku dulu tak secanggih budak2 sekolah sekarang, internet agak terhad, so cara aku untuk mendapat info pasal lagu ni adalah melalui majalah Utopia. Haa, majalah tu paling up oke dulu2, sekarang tak tau lah, kehkeh..


Jason Mraz- You And I Both
Masa lagu ni (dan jugak Remedy) Jason Mraz belum popular macam zaman I'm Yours tu lagi, tapi aku memang sangat suka dengan muzik dia, easy to listen and sing together, tambah pulak dengan MV yang macam comel2 tu, hee

Orait, itu jelah yang dapat kerajinan aku ni review kan, malas je nak list banyak2. Kalau nak banyak, buat list sendiri okay! Hehhe xD

uzz31

3 comments:

aminatul aini said...

suka lagu wang lee hom- ni bu zhi dao de shi..^__^

robowtasmara said...

@aminatul aini: soundtrack love in disguise en, hehe

aminatul aini said...

yerr...heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...