Showing posts with label humble reminder. Show all posts
Showing posts with label humble reminder. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Sedikit Info Berkaitan JIN

Assalamualaikum.
Dalam aku ber-going-through newsfeed kat fb tadi, ade la jumpa info ni. So, aku decide untuk meng-share jugak di sini. Sama-sama kita mendapat sedikit ilmu ya :)

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.

3)Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya)

uzz31

Wednesday, April 11, 2012

Tips Gigi Putih Berseri


Salam. Annyeong! Haa hari ni aku baik hati nak share tips untuk mendapatkan gigi putih bersih lagi berseri. Cer try petua-petua dalam list tu oke

1. Gosok pada gigi serbuk penaik dua kali sebulan untuk menyental kotoran gigi yang kelihatan kekuningan.

2. Apabila menggosok gigi, titiskan sedikit minyak cengkih pada ubat gigi yang telah dipicit pada berus gigi tips ini untuk gigi kelihatan bersinar.

3. Campurkan satu sudu teh jus lemon bersama satu sudu teh garam. Kemudian sental pada gigi anda untuk mengelakkan gigi kuning.

4. Boleh juga mengamalkan parutan kulit limau di bahagian dalam yang bewarna putih untuk digosokkan pada gigi.

5. Campurkan daun bay kering (
bay leaf) dengan kulit oren kering dan gunakan sebagai penyental gigi, di gunakan setiap hari untuk gigi putih.

6. Tumbuk lumat buah pinang yang disalai, kemudian gosok-gosokkan pada gigi untuk membuang karat dan kotoran degil pada gigi.

7. Paling penting, selain menggosok gigi minimum tiga kali sehari, pastikan juga cara menggosok itu betul dengan mengambil kira bahagian luar dan dalam.


Now listening: Infinite- Can You Smile

uzz31

Sunday, February 19, 2012

Cara Sebenar Duduk Mengadap Komputer


Kenyataan: TAK RAMAI PONN YANG IKUT CARA PERTAMA TU HAHHAHAHA XDD

Now listening: MBLAQ: Scribble

uzz31

Friday, February 10, 2012

Menggantung Anak Patung di Bawah Kereta. Kejadah?


Pernah tak korang terlihat/ terperasan/ terjeling/ terrenung/ terkutuk/ termangu/ ternampak ada sesetengah orang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta... Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand. Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)


Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud)


Kesimpulannya, janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T.

Cr: Tengkunizam

uzz31

Sunday, February 5, 2012

Kisah Azab Mayat Seorang Polis Melayu


Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.

Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat SEOrang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.

Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.

Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.

Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan SEOlah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.

Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.

Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.

Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.

Cintai Allah, Cintai Islam.
cr: ehberita

uzz31

Tuesday, January 31, 2012

Resipi Rahsia Coke

Salam. Annyeong! Nah sini aku share sikit info, pasal "perisa terbaekk" yang ada dalam air berkarbonat Coca Cola. Ia mengandungi ALKOHOL. Diulangi, ALKOHOL, bahan yang digunakan untuk menghasilkan ARAK. Apa tindakan korang lepas ni, up to you. Aku tak paksa pun korang stop meneguk air yang memang dari azali lagi kita tahu tak berfaedah ni.


uzz31

Tuesday, December 27, 2011

I hate the Hijab!


Yeah, the vid seems a bit noob, tak canggih macam MV Lady Gaga Marry the Night, but it may worth your 4 minutes. ^^

uzz31

Monday, December 19, 2011

Perempuan Tak Pandai Masak? Aiyokk..

Headnote: Entri ni dibuat pada 2:20PM ketika aku mempunyai banyak masa terluang di tempat kerja. Haha.

Salam. Annyeong! Sekarang aku masih dalam mood "menyambut" birthday my Beasty boyfie, Yong Junhyung, bersama2 B2uty dan Jester yang lain. Weee :P
Siap aku punya handphone wallpaper pun harini pakai gambar dia yang comel. Teehee.

Ni ha, gambar Junhyung masa zaman2 baru debut dulu, sangat comel okay, senyuman dia tu yang jarang2 dapat dilihat, bila sekali tengok, memang rasa nak senyum sekali lah! Hee ♥

Ehem.
Okay stop dulu cerita pasal Junhyung aku ni, nak banyak2 cerita layan je kat Tumblr dan Twitter aku, memang tak mengecewakan :P

Back to the story.

Korang rasa-rasa lah, dalam zaman yang serba moden ni, dan restoran2 seberang jalan tepi rumah jiran pun senang nak pergi menjamu selera tiap2 hari, berapa ramai kah anak gadis muda mudi yang pandai memasak? Dan untuk yang kategori "pandai masak" ni, berapa kerat yang masakannya benar2 sedap? Masakan siapa yang baru sekejap dihidang atas meja makan, dah lenyap dihadap ahli keluarga dengan penuh selera?

Haa.. Terkena batang hidung? Jangan risau, tuan blog ni pun sama terkena batang hidung jugak, siap masuk tersumbat dalam lubang hidung lagi. Erkkk =="

Antara alasan yang selalu dapat dari seorang gadis yang tak pandai masak ni adalah:

1. Masih muda, belajar kat kelas pun belum tentu lulus lagi, susah nak buat benda lain.
- Okay, kategori "muda belajar" tu yang mana satu? Kalau masih Darjah 1 yelah muda, tapi kalau dah rasa2 masuk umur dua angka, nak2 lepas SPM tu, takpayah lah bagi alasan susah nak tumpu perhatian dalam pelajaran. Yang hari-hari bersenang hati keluar shopping, movie, karaoke sakan bersama classmates (nak2 yang jenis stay in hostel, jauh dari parents) tu tak mengganggu pelajaran la? Cehh!! Eh, emo pulak aku ni, haihh, aku emo sebab aku dengar dengan telinga aku sendiri, ada sorang pompuan satu rumah time belajar dulu, bagi alasan ni kat aku, macam la aku tak tau sebenarnya dia malas nak amik giliran memasak, tau melahap je. Kan pompuan? LOL

2. Buat apa susah2 masak, ada mak masak kat rumah.
- Haa, ni memang dah selalu kan, memang majoriti pun. Tak rasa cam kesian ke? Dah lah penat mengemas rumah, membasuh baju walaupun sekadar menekan butang mesin basuh automatik, menyidai baju di ampaian pulak lepas tu. Kena memasak seorang diri, silap2 lepas semua orang habis makan, mak jugak yang kena basuh semua peralatan memasak dan hidangan tadi. Kesian.. Kesian.. Kalau dah malas sangat pun, paling tak, tolong lah mak masak nasik ke, jerang air ke, potong2 sayur ke, at least jimat la sikit tenaga beliau untuk kerja2 lain, dan teknik memasak korang pun dapat la ditingkatkan sikit, daripada tak tau langsung.

3. Nak kahwin nanti baru lah belajar masak.
- Haha, lagi satu alasan. Question is; tau ke bila kawin? Buatnya tiba2 esok jugak gatal nak kawin, tak ke kelam kabut nak belajar itu ini? Kalau genius time2 tu jugak boleh pakar takpe lah, ni, seminggu ber-honey moon makan megi. Seminggu tu si laki tahan la lagi, kalau berbulan-bulan megi je ditala, alamatnya.. Fikir lah! Weee xD

4. Hey, biarlah aku taknak masak, duit banyak ni hari2 boleh makan KFC!
- Haa, bagus lah tu perangai, baru kawin dulu bagi laki makan megi hari2, sekarang dah beranak pinak hari2 menu di steakhouse, paling tak pun restoran makanan segera yang diketahui umum "tersangatlah sihat" untuk diamalkan. Ok lah tu, amalkan selalu ye, memang sihat pun anak beranak nanti, yeayy.

5. Alaa, takut la minyak panas terpercik2 time memasak tu..
- MATI KE? Tak kan.. Alah, bukannya setiap kali korang masak pun akan mendapat "letupan hangat" tu kan, rileks sudah.. kalau rasa cam takut sangat, pakai la pape perlindungan yang patut, pakai apron ke, baju lengan panjang ke, sunglasses ke, sunblock ke, tak pun sunquick. Oke yang dua last tu aku mengarut. Dan cara yang paling senang sekali adalah: Jangan memasak hidangan bergoreng yang suka letup-letup kalau taknak muka korang yang cantik mengalahkan Hana Tajima tu jadi cacat terkena minyak panas. Tak tau hidangan yang mana yang suka meletup2? Try test la satu-satu, bandingkan yang mana suka meletup, yang mana tak, lepastu teruskan masak hidangan yang tak letup2 masa dimasak tu di masa akan datang. Nyiahahahaha~

Orait, itu sajalah sebab2 yang mungkin korang pernah dengar, ataupun mungkin jugak itu alasan korang sendiri untuk tidak belajar dan menjadi pakar masak, ikutkan banyak je lagi ni. Tapi girls, papepun, kita tak perlu lah nak sepakar Masterchef tu, tapi asalkan kita pakar memasak untuk santapan sekeluarga, sudah memadai, nak pikat hati bakal mak mertua pun senang, haha.. Selamat belajar! ^^

Mesti bez dapat buat makanan yang comel2 macam ni! ^^

Now listening: JS & Hyunah- The words I don't want to hear

uzz31

Friday, October 28, 2011

Dihalau Isteri Kerana Miskin. What The Fuck?

Sambil-sambil mengisi masa lapang ketika kebosanan takde kerja, aku belek2 la berita2 yang ada di MyMetro. Tiba-tiba ada satu tajuk yang menarik mata aku untuk terus bacanya. Dihalau Isteri Kerana Miskin. ==" Sebelum ni, I mean, 6 tahun dulu peremuan tu takde fikir dulu ke? Kalau dah tau bakal laki kau tu cuma pemandu teksi, miskin, tak dapat bagi kau kemewahan yang kau nak, kenapa kau masih nak gatal kawin, wahai perempuan oi? Kenapa kau tak cari laki perompak? Cepat sikit kaya. Huh, aku sensitip betul la bab2 bercerai ni, makin hari makin banyak pulak kes, silap sikit cerai, silap sikit cerai. Anak2 kau tak fikir pulak apa kesannya kepada diorang? Adoii, menyirap pulak aku, walaupun kawin pun belum, huahuahua~~
Kalau nak buat seuatu keputusan tu fikir la dulu, baik buruk nya, timbang awal2. Jangan bila dah beranak bercucu, senang-senang nak bercerai. Bodo.

DSC090622

Sunday, October 16, 2011

Azab Bagi Wanita

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Baginda menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.


"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?


*Rasulullah menjawab,

"Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."


Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Salam Ukhuwah..~
Dipetik dari Facebook Tok Wan

Astaghfirullahalazim...

DSC090622

Friday, August 12, 2011

Day 10: Pendapat Tentang Masalah Sosial Remaja Sekarang

Hamboi2 macam taw je harini hari Jumaat, plus dalam bulan puasa pulak tu kan, memang sesuai lah dengan topik ni. Remaja zaman sekarang, haihh memang dah makin advanced! Kalau advanced ke arah baik takpe la jugak, dapat la bantu negara ni jadi maju ke ape, ni advanced ke arah buruk, ke arah negatif, macam2 masalah sosial berpunca dari remaja2 bermasalah ni. dari kes buli, melawan cikgu kat sekolah, seks sebelum nikah/ bawah umur, sampailah ke gangsterism bagai, masing2 nak jadi hero filem Tamil kot. Semua tu memang tak patut lah, tak penting pun, macam2 lagi benda lain boleh buat, yang tak berfaedah jugak dorang pilih. Kalau sekarang pun dah macam2 jadi dengan remaja ni, zaman akan datang macammana? Semua pun dah berubah jadi beruk? Anjing? Fikirlah. Haihh emo pulak aku fikirkan masalah ni haha.

DSC090622

Thursday, August 11, 2011

Day 9: Hari Ke Sembilan, Apa Yang Jadi

Nothing much happened actually, just a typical working day, and a week and half until my new job as a chemical lab assistant :D Need to get back my lab coat which has been living in my friend's house, as she's currently pursuing her Degree studies xD Akak, saye nak lab coat saye balik, lalalalalal

I found this interesting, and shocking news, regarding the pig fat issue. Even Pringles and keropok udang ROTA pun ada ==" Nak makan hati je la macam ni, haihhh

This is the codes for pig-fat-containing products. So, sebelum nak beli, melantak pape, check dulu tengok kot2 kalau ada kod ni, alamatnya, beli jela makanan lain, takpayah nak berdegil still nak makan benda yang was2 ni, nanti siapa nak samak mulut tu?? Haha

Bare in your minds kayh


DSC090622

Saturday, July 30, 2011

Kelebihan Solat Terawikh

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

DSC090622

Thursday, July 21, 2011

The Malaysian Weather and Muslim Women

Assalamualaikum!
Ehemm, harini nak promote video Aiman Azlan la, bole? xD
Serious aku nak suami yang macam ni, Muka ala-ala Korea? Itu stok cuci mata sahaja, weeee

Teeheee *senyum kerang*

Okay, back to the video O.o

Memang lah dunia makin panas, salah manusia jugak lah kan, macam2 dibuat kat bumi ni, sekarang nahh, amik ko, semua tanggung. Dan yang penting sekali mesej video ni adalah walau apa pun terjadi, arahan Yang Berkuasa tu jangan la lupa (aku pun bukannya perfect sangat, sigh, sekadar mengingatkan..)


DSC090622

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday 110713 #3



DSC090622

Wordless Wednesday 110713 #2


This is what we call not being racist.

DSC090622

Wordless Wednesday 110713 #1


Comment 2nd last. Mahu Malaysia jadi macam tu senang-senang?

DSC090622

Tuesday, July 12, 2011

Boleh Aku Gelakkan Kau?

Hahahaha I'm being a troll tonight. Rasa nak gelak sangat dengan perangai manusia yang berpelajaran tapi bodoh. Ooops! Harsh but true. Macam mana orang berpelajaran tapi bodoh ni? Tak faham la? Well, senang cerita, orang yang pandai menyalak tapi habuk saja yang tersembur. Hoho. Tolong la ye, sebelum nak keluarkan pembaris ukur kain orang, basuh dulu kain sendiri, Berkulat sudah. Trololololol~!


DSC090622

Monday, June 20, 2011

10 Sebab Perempuan Tak Respect Lelaki

Renung-renungkan~

1. Dah ada awek kau nak pegang-pegang.. Elok-elok awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia.. Konon special untuk kau seorang.. Bila awek kau tak nak kasi semua tu, kau cakap bye-bye.. Wah, KAU LELAKI GATAL.

2. Bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. Berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe.. Konon kau penyabar.. Tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam-macam alasan kau kasi. Pastu siap minta duit lagi kat mak. Wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. Kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau.. Konon kaulah lelaki paling gentleman.. Tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. Siap pura-pura tidur sebab taknak bersesak-sesak berdiri.. Sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. Tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua.. Nampak je ada awek cun, makin semangat kau.. Kau rasa hisap rokok tu sangat cool dan macho.. Alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang taknak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. Bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta.. Padahal perempuan tu tau kau punya kereta tu duit mak bapak kau..Bukan harta kau tapi harta bapak kau. Aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. Bila kau lepak dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. Mencarut pun kuat-kuat.. Semua tettt... macam-macam lagi semua kau nak sebut. Kau rasa kau sempoi bila mencarut. Tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. Pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup.. Konon untuk kepuasan diri.. Tapi pergi masjid Hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat.. Bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. Kau suka kutuk-kutuk dan gelak-gelak kat gambar perempuan gedik kat fb.. Kau kata konon bajet cun.. Abih yangg kau amik gambar jelir-jelir lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? Haishh... KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. Time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. Konon modal perempuan merajuk dan air mata.. Tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. Wei, KAU LELAKI EGO.

10. Kau hisap rokok kau rasa kau handsome. Lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. Kadang-kadang bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

Note: these are not my words, all are credited to her


DSC090622

Monday, May 30, 2011

Sembahyang adalah perkataan syirik kepada Allah SWT


Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.” Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur syirik.

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan “Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa–dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.”

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama Hyang.”

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.”

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. pergi “Sembahyang Subuh,” kepada “nak, bangun!. Pergi “Solat Subuh.” Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN.. Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

Rujukan: http://latahzan00.blogspot.com/

DSC090622
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels