Showing posts with label seni kowt. Show all posts
Showing posts with label seni kowt. Show all posts

Friday, April 6, 2012

While at Work

Salam. Annyeong! Hehe semenjak dua menjak phone aku ni ada application 360, kerja aku menghambik gambar je, konon-konon seni la tu. Ahh heran ape, free je pun, kalau gambar tak berkenan di hati, delete, takpayah cerita banyak-banyak heheh.

So, yeah, these are some of those "perasan seni" photos i kept.




Haa, ni kes kebosanan-takada-kerja-langsung ni xD

Nak wish awal-awal ni, selamat pengantin baru kepada kak Salwa (bertudung biru) yang bakal bernikah pada Sabtu 7 April 2012, yakni esok!! OMG saya pulak rasa nebes lebih-lebih ni! haha xD (dan angle gambar ni memang tak membantu pun haih)



Ok ok 3 gambar cukup, gambar aku yang lain nak delete lah, memenuhkan folder gambar 2012 aku je :P

Now playing: Dragon Force- Through the Fire and Flames

uzz31

Tuesday, March 13, 2012

Astrid- Tentang Rasa

Sumpah addicted to this song!


Lyrics:
Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
'Tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

uzz31

Tuesday, February 14, 2012

Homemade Hijab

Salam. Annyeong! Haa, jangan main-main, future named fashion designer is here! Okay, jangan nak perasan sangat la Robowt oi, bukannya kau yang jahit pun, tapi mak kesayangan kau. ==" Idea nak buat tudung sendiri ni tercetus lepas aku pusing2 dua-tiga round satu pasar malam Jalan TAR, semata-mata nak mencari tudung bawal yang takada manik2, mahupun sulaman. Namun, hampa belaka, huh! Tapi dalam kehampaan tu, sempat jugak aku beli tudung bawal sulam, humangaihh cantik betul! :D

Dengan muka yang bangga, aku mencari kain meter di kedai kain pakaian. Dan warna ungu ni salah satu daripada kain yang aku beli.

Dah siap setting semua, potong kasi sama angle, mak aku tolong jahit bahagian tepi tudung, untuk kekemasan~


Taraa!! Dah siap jahit, iron, susun lah bersama koleksi hijab yang lain! :D

And, this is me, wearing my own homemade hijab! Teehee!
I love it when simple, yet beautiful ♥

Now listening: Lee Hyun: Because of You

uzz31

Friday, January 27, 2012

Budak-budak Korea Utara Hebat Bermain Gitar!

Salam. Annyeong! Tengah surf2 video kat Youtube, jumpa satu video hebat ni. Sekumpulan 5 orang budak, 3 lelaki dan 2 perempuan, persembahkan bakat bermain gitar. Sangat cool okay!! ^^


Now playing: I'm Not Single (Malay Movie :P)

uzz31

Monday, December 5, 2011

Pantang Larang

Bila tengok vlog Amanwan ni, aku teringat bermacam2 "pantang larang" yang kadang tu tak masuk dek akal, tapi bila difikirkan relevannya sesuatu pantang tu, aku salute gila la dengan moyang kita dulu, kreatif betul, melarang dengan cara halus@ berhemah! :D Enjoy!


uzz31

Sunday, November 6, 2011

Konapun, Mainan Paling Sedap!


Salam. Annyeong! Sekarang aku macam obses gila nak tengok video2 comel orang masak makanan yang tak boleh dimakan, Konapun. Apa Konapun ni ek? Konapund*k ke? Ehh jangan mencarut di hari raya ni! Ayokk~~ Lalala


Konapun ni asalnya dihasilkan oleh Bandai Corp., syarikat mainan Jepun yang popular tu. Ia adalah miniatur, kit untuk "memasak" replika makanan, secara real!


Konapun. "Kona" bermaksud powder, ataupun serbuk. Ramuan utama untuk serbuk ni adalah sodium alginate, iaitu serat yang terkandung di dalam rumpai laut.

Setiap serbuk makanan tersebut mengadungi perasa tambahan yang berbeza untuk menghasilkan warna dan tekstur yang diperlukan untuk menghasilkan bentuk makanan yang diinginkan.

OMG.. Wae looks so yummy??


Semua "makanan" ni tak boleh dimakan pun, tapi ia tak sikit pun mengurangkan keseronokan menjadi surirumah-perasan-bagus-memasak~! Haha

Sundae on Sunday!

Siap ada mesin buat eskem O.o



Nah, sekarang enjoy video2 memasak natang ni. Sangat comel macam ape je =="





Saturday, November 5, 2011

Kucing. Cats. Love.

Salam. Annyeong! Sambil2 melayan perasaan bahagia tengok kucing aku tidur kat atas katil ni, baik punya lena, kacau2 pun buat tak tau je haha, aku bersemangat pulak nak share gambar2 kucing yang comel. FYI, aku ni pengumpul gambar yang agak berjaya jugak, dah macam2 folder wujud dalam laptop nih, kadang2 tu aku luangkan masa lapang aku dengan tengok balik gambar2 yang aku dah kumpul. Memang berbaloi masa yang diluangkan, sampai berjam-jam =="


Ni la kucing aku, macam2 nama aku panggil budak ni, so officially takde nama official. Haha. Aku pernah dah introduce dia ni, kat dalam entry ni. Tapi time tu seriously aku ingat dia ni betina, sebab muka tu macam jambu kot. Rupa-rupanya jantan beliaw nih. Perangai dia ni pelik-pelik ohh, paling tak boleh menahan tu dia suka sangat nak minum air aku. AKU ni je yang selalu jadi "amah" dia, hidangkan air (yang sepatutnya aku minum) ke budak oren ni. Perangai dia yang paling comel yang boleh buat aku lupakan kes2 curi air tu ialah bila tiap2 pagi, bila first time dia nampak muka aku, aku senyum kat dia, then dia tegur aku dengan bunyi meow dua kali. Mesti dua kali. Kenapa ek? Mungkin dia nak try bagi salam kot. Eh pendek je bunyi salam tu. Hmm... Hello je la kot dia nak cakap tu. Hehe

Oke cukup lah kot cerita pasal kucing aku, kalau ikutkan memang sampai ke sudah tak habis, dengan perangai pelik dia ni haihh..
Enjoy gambar2 yang tersangat comel ni~!
Sesetengah gambar je ada watermark, kemalasan pulak nak bukak photo editor nak tambah watermark haiyoo *mode malas already turned on ni~~*








Okebaii, nak join kucing mengong aku ni guling2, haha~


DSC090622

Wednesday, July 27, 2011

Western Spaghetti By PES


Sangat kreatif!!! :D

DSC090622

Wednesday, July 13, 2011

Awek Comel Goreng Lagu Lamb Of God, Perghh!!


Uihh aku memang suka lah tengok perempuan main gitar. Bukan setakat gitar kapur or-whatever-you-called-that, tapi gitar elektrik nokk!! Wootz~! Nama dia Prisa Adinda Arini Riazi, minah Indonesia. Muka comel je, macam ayu-ayu centu, tapi heavy rock kowt. Tengok dia cover gitar lagu Lamb Of God- Hourglass, effortless gila, walaupun lagu ni macam semput je nak mengejar key tu.. Ada main lagu Slipknot tak? Haha.. Yeayy suka suka!




DSC090622

Tuesday, June 14, 2011

Telur Rebus Bentuk Hati (COMEL!)

Arghhh!! Comel gila telur rebus dibentuk jadi macam ni! Love love love~

Nak taw camne boleh jadi cenggini?
Ikut je steps yang kat bawah ni, senang ajee, hehe

Bahan2 yang diguna:
- Kertas keras/ cardboard
- batang lidi/ chopstick/ drumstick, pun bole :P
- Getah untuk mengikat

Bila dah ada bahan, telur pun dah siap rebus dan dibuang kulitnya, ikut je step2 kat bawah ni~





Taraa~~~ Jap2 nak belah dua tengok hasil kat dalam pulak

Weeee yeayy comel, makan dengan laksa pon sodappp! xD

Ghahahaha open house raya nanti nak buat la cenni, jemput2 datang ke rumah, makan nasi beriyani~ (err lapar la pulak rasa perut ni tetiba) :D

DSC090622
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...