Salam. Annyeong! ^^ Hari Sabtu yang tenang di kawasan rumah aku, tambah pulak hujan seharian, memang kena dangan tema hari ni, syok tidur! Nyiahaha
Korang tau kan braces tu apa? Ala, kalau dalam BM dipanggil pendakap gigi tu. Hah? Tak tau jugak? Apa ke noob sangat budak ni? Heheh gurau, gurau.. :P
Braces tu yang macam besi2 divider terlekat kat gigi tuh, macam gambar kat bawah ni ha, yang muka belah kiri tu :-
Hah! Pasal benda alah tu la aku nak cerita kali ni! Oke, sebenarnya, sejak zaman sekolah lagi aku nak sangat pakai braces ni, sebab nak cantikkan gigi aku yang tak sekata di sesetengah part ni. Tapi, disebabkan kosnya yang mahal, aku tak mampu nak buat lah time tu.
Dan, bila dah bekerja ni, aku mula simpan angan2 nak pergi jugak ber'braces'kan diri aku ni, so langkah pertama adalah dengan melakukan research la dulu kan, mana boleh menonong je buat, kang naya sendiri jugak yang susah.
Dalam masa mencari2 artikel yang berkaitan, aku jumpa satu site ni, renungkan..
"Nabi bersabda :
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” (Shahih Muslim #3966)
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah."

Oke, artikel ni membuat aku berfikir, apa tujuan sebenar aku nak pakai braces? Untuk kesihatan kah? kalau tak pakai braces boleh hancur ke mulut aku "dimamah" gigi sendiri? Oh, tidak. Diri aku masih normal, masih hidup sehingga berumur 21 tahun ni, Alhamdulillah.
And another thing for sure; jangan halalkan apa yang haram.
Haihh, duit yang terkumpul ni nak buat apa ek? Hmm.. Smartphone! Okay, smartphone! Woohoo!! xD
Now listening: Pop Shuvit- Nebula 11
No comments:
Post a Comment