Wednesday, December 7, 2011

Bell's No Breezing

[Headnote lol] Entri yang sudah beberapa hari dibuat, baru siap untuk di-publish bhahah.

Salam. Urghh, aku patut bersyukur atau tak, hari ni mendung seharian. Aku bersyukur, kurang lah risiko aku mendapat kanser kulit akibat sinaran UV yang berlebihan disebabkan ozone layer yang melindungi bumi semakin nipis dan membocor ni. Tapi, aku macam kesejukan la pulak kan, perit tekak pun ada, berselubung selimut nanti boss kata aku curi tulang pulak, dia tak nampak ke yang aku ni rajin tahap semut dah, haihh.. Haha

Tengah sedap2 buat kerja dengan khusyuk, tetiba pulak aku dikejutkan dengan satu berita, nombor kereta aku naik dalam list nombor ekor. WTF? Dia cakap kalau aku beli, boleh la at least menang rm200++. Choyy! Tak hingin aku makan duit haram, lain la dengan orang lain kan, makan duit haram sebanyak yang mungkin kalau boleh, contohnya kolej aku dulu tu. Makan lah korang ye, duit haram tu, makan banyak-banyak, kasi pecah itu perut.

Ahad lepas, aku ulangi aktiviti menonton 1 filem di wayang sebanyak 2 kali, pertama kali dulu aku tengok Ninja Assassin, lakonan Hollywood laki aku yang bergelar askar sekarang, Rain. Ngehngeh. Dan semalam, aku menonton Twilight: Breaking Dawn Pt. 1 untuk kali kedua. Episod kali ni cam slow sikit sebab lagi banyak drama dari action, and this movie was actually slow anyways lol, but I just cant get enough of both Edward and Jacob. Aihh, beruntung gila si Bella tu, jealous nih! xD


"Last night was the best night of my existent"
I wish my future husband would say that too! :')

Sebelum melayan mata, kami melayan isi perut dulu. Marry Brown menjadi pilihan.


Aku suka makan atas buaian! Lantak pi lah kalau ada bebudak yang jeles tengok kitorang makan atas kerusi buaian, bhahaha, lain kali suruh la parents korang datang situ lagi, cop tempat tu awal2 oke, haha.




Hotouch burger. Reminds me of Hobutt. xDD


Siap dapat botol air bling2 lagi tuu, weee :D


Ada rasa cam Bawang Merah nyanyi2 atas buaian tak Shida? Kehkeh

Selesai menonton Breaking Dawn dan membeli sedikit keperluan, memula plan nak balik la rumah terus. Tapi, ada satu filem ni yang membuat aku tak jadi balik, Ombak Rindu. Dah alang-alang ada peluang nak pergi menonton sekali ni, aku join jela, nanti lain kali nak pergi nonton dengan siapa pulak, harapkan sang lelaki, sekor-sekor mana ada layan cerita romantik, nak-nak filem MELAYU. Cehh, diri sendiri tu orang apa? Caucasian ke? Lalala.. So, aku join jela kakak n abang Intan sekali. Iskk tak malu betul, tapi Ombak Rindu itu penting, teehee xD

Sementara menunggu tayangan 9pm tu, kami dinner bersama-sama. Guess what? Akhirnya, setelah craving aku yang selama bertahun2 nak merasa meetball di IKEA tercapai!! Woohooo!! Okay I sound so 4-years-behind, but whatever, dapat jugak merasa kan, yeayy xD Thanks for the dinner, ittarakimasseu~! ^^


Daebak!! Badan aku ni pun makin bertambah lah saiz dengan jayanya!!

My opinion on Ombak Rindu? Choego-yaeyo!! Tak rugi la tengok filem Melayu yang satu ni. Nak laki macam encik Hariz~~ wuwuw xD dalam panggung tu boleh dengar la orang soh-seh sana sini, masing2 berhingusan. Aik, selsema ke? or... bhahaha.. Sedih oh, macam-macam dugaan si Izzah tu, sobsob T.T



P/s untuk Intan n kakak: Saye memang kalau dah khusyuk sangat tengok satu movie ni, takkan bergerak2 dah, kalau boleh mata pun taknak kelip kalau tak kering, so posisi semalam tu bukan bermaksud saye tertido ye, rugi kot kalau tidur, tak dapat la tengok encik Hariz yang romantik tahap kucing siam tuu, ishh rugi2, lalalal xDD

To cik Wanny, nanti free mari2 bermovie bersama taw! Miss you lah, cepat la kasi habis belajar, wuuu, hwaiting!! ^^

uzz31

6 comments:

Fakhruddin said...

makan sakan nampak~~

robowtasmara said...

itu lah pasal, iskk xD

Mira Kagimoto said...

wah! ombak rindu best ye ? ^^

jom singgah entry miya :)
http://giragiraromantic.blogspot.com/2011/12/magazines-talk.html

robowtasmara said...

bez wooo, tak rugi tengok, kasi refresh balik novel dulu :D

shahidayaacob said...

saya terasa cam sleeping beauty jap...haha..ada kena mengena kew??

meatbalzzzz...nyum2

robowtasmara said...

err ==' boleh la tu, tidur sambil bukak mate, memang lena xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...