Sunday, January 19, 2014

Recovery Period


Assalamualaikum.

Tahun 2014 saya disapa dengan satu dugaan. Saya dijangkiti virus varicella yang mengakibatkan demam campak a.k.a chickenpox. OMG kau ni dah umur 23 tahun baru kena penyakit ni?

Yes, imma baby indeed. Better treat me like one :P

Masa memula nak dapat chickenpox ni saya demam dalam 3-4 hari camtu. Demam bukan jenis demam teruk yang pakej batuk selsema tu, tapi jenis demam "seram sejuk" terutama sekali waktu malam. Rasa mcm sejuk, tapi bila tido selubung jadi berkuap pulak. So keadaan tu telah mengakibatkan saya confuse nak tido cara yang macam mana. Sedih betul.

Then, lepas demam dah kebah, rasa cam confident la pagi tu bersiap2 nak pergi kerja. Belek2 muka kat cermin, rasa pelik kenapa muka cam penuh dengan bijik2, "pehh banyak pulak jerawat kau sekarang ni, kau pehall?" Haa tu kata hati saya dalam separuh rasa taksenang. Lepastu baru perasan, rupa2nya satu badan dah penuh dengan bijik2 air, ada yang besar, ada yang kecik. bila picit rasa sakit2 gatal. Uihh rasa dia memang epic gila, tak keruan jadi. Terus pegi klinik, n disahkan positif chickenpox. Dapat MC seminggu. Muehehehe. Nasib baik tak buat video MC seminggu eyesores chickenpox.

Dalam masa proses pemulihan dari blisters satu badan yang terasa miang2 gatal ni, banyak pantang larang yang kena ikut, yela benda ni naik sampai muka, kalau tak jaga elok2, parut dia tak hilang okay, TAK HILANG *nightmares*

Yang paling utama, jangan makan kicap, orang kata nanti parut jadi hitam. Sampai sekarang saya masih belum makan kicap lagi, belum confident. Orang cina cakap pantang mau 100 hari. Uihh. Pastu saya jugak amalkan tiap2 hari minum air kelapa muda, beli sebijik2 tu baru air real, dapat makan isi dia sekali. Air kelapa ni katanya fungsi utk cepat keluarkan semua virus yang ada dalam badan, so takde la tertinggal dalam badan yang berisiko dapat jangkitan lagi lain kali. Lagi satu, kalau dah bijik2 lepuh tu keluar semua dalam masa sama, cepatla sembuh. Gitew.

Pantang lain: tak boleh makan seafood dengan ayam. Haa memang diet betul saya 3-4 hari tu. Makan bubur sayur. Ada sehari tu, bila bijik chickenpox ni dah mcm nak kering, boleh pulak "ter"makan ayam seketul (saja gatal adeh) lepas tu dah berair balik parut ni, sengal betul. Nasib baik tak jadi pape, terus stop sekejap makan protein. Orang demam campak ni jugak katanya tak boleh kena hujan, sebab nanti parut tak hilang. I dunno, tapi ikut jela kan, kang pandai2 sendiri, parut tak hilang, sendiri jugak menyesal hehe.

Alhamdulillah, dengan izinNya saya sembuh, tak sampai 2 minggu pun, blisters ni semua kering. Yang kat muka dah tak berapa nampak, sebab saya amalkan tiap malam sebelum tidur, saya sapu minyak Bio-oil kat muka. Nampak perubahan dia, kulit lama yang rosak cepat diganti kulit baru. :)

Gambar takde transfer masuk laptop, so ganti dengan gambar Beast ajela. Pun bolehh.

Bye!

Now listening: Katy Perry- Unconditionally


uzz31

Friday, January 3, 2014

Assalamualaikum.

Jumaat, 3 Januari 2014. Setahun jugak kan tak update? Rindu saya tak? Mesti tak kan, ahaha. Ahem. Kalau sebelum ni ada je idea nak tulis apa, tapi sekarang dah beku. Aiseh. Karat teruk, nasib baik rambut tak ikut karat sekali.

Pape pun, selamat tahun baru 2014 kepada kamu (yg baca ni la kan, saya dah x kenal readers saya dah sorry) semoga tahun ni lebih baik dari yang lepas-lepas. Azam saya? Pertama, sama dengan lepas-lepas, nak kurus. Sebelum ni tak ada pn tercapai, kecuali last masa sekolah menengah dulu, 9 tahun lepas T.T Sebab apa saya masih teruskan azam ni? Sebab ia berkaitan dengan azam nombor 2, iaitu untuk menjadi isteri yang solehah.

Pehhhh isteri?

Ya.
Tahun ni inshaAllah saya akan akhiri zaman tunang, menukar status "bujang" dalam IC. inshaAllah. Doakan saya. Amin. Hee. Dah sampai seru nanti inshaAllah saya jemput semua kenalan saya, datang okay semua :)

Tu jela kot azam yang ada, yang lain tu follow the flow aje. Ok lah, till next time. Bye!


uzz31

Friday, September 14, 2012

My Boss My Hero Makky

Assalamualaikum PEEERRRRRRGGHHHHHH! Tiga bulan aku langsung tak jejakkan kaki comel aku ni ke alam blog. Fuhhh.. Macam macam cerita, banyak modal aku untuk di-publish-kan, tapi, apakan daya, tahap kesibukan dan kemalasan buat karangan sama level tingginya. Kalau time tak bizi pun level malas masih tinggi =="
 Hmm nak cakap pasal apa ni?


 Ok, biar aku kongsi obsesi terbaru aku. Aku angau kembali kat Tomoya Nagase, setelah "broke up" dengan dia sejak sekolah menengah dulu. Hahah. Tiap2 malam aku akan bergelak guling2 macam perempuan gila depan laptop, gara2 melayan drama Jepun lama, My Boss My Hero. Cerita tahun sekitar 2007 camtu. Sakaki Makio (watak Tomoya Nagase dlm drama tu) adalah seorang pewaris kumpulan Yakuza, atau lagi senang cerita, samseng yg digeruni la. Dia memang hebat dlm gelanggang perlawanan, kuat. Tapi, dia tak berapa nak pandai. Even cikgu2 pun terkejut sebab keputusan exam dia yg paling buruk dlm sejarah sekolah. Punya lah dahsyat ke"pandai"an dia tu kan. Haha. Tapi dia tak putus asa. Banyak pengajaran boleh dapat dalam drama ni, melalui Sakaki Makio. Hee.. Suka! Lala

 Kalau nak tau lagi, layan ah sendiri drama 10 episod tu. Bez!

 Hmm.. Skarang nak cakap pasal apa pulak ek?

 Hmm..

 Hmm..

(Krik krik krikk)

Bai!

uzz31

Wednesday, June 27, 2012

Words in Wednesday

Assalamualaikum.

Annyeong! Uhuk uhukk!! Berhabuk nau blog aku ni kan. Huh kemalasan mengarut panjang-panjang dah menular semula. Tskk.

First thing first, happy birthday kepada bonda tercinta, semoga panjang umur, ceria dan sihat selalu, n opkos, maintain awet muda. Hee

Motif letak gambar Hyunseung? Haha gotta love that hair!

Harini jugak last day bersama colleague, kak Salwa di office. Ada lah makan2 sikit. Sikit tak sikit lah, Pizza Hut for lunch. Hah memang badan aku makin mengancam nih. Mengancam kesihatan =="
Good luck in your new beginning, together with ur beloved hubby okay! Pape news roger di FB. Miahaha :D

I really do miss my kucin Oyen. Hari kedua Oyen di vet. Moga cepat sembuh k yoyenn.. Rindu nii T.T

K. Mood malas aku dah datang balik. Erkk --' Kbai!

Now listening: Big Bang- Bingeul Bingeul

uzz31

Wednesday, June 13, 2012

Saturday, June 2, 2012

Big Bang- Monster [MV]


uzz31

Big Bang- Monster (Teasers)

Be prepared for the AWESOMENESS.






My most favorite teaser is TOP (and loving Taeyang's teaser too! hot hot hot!)

uzz31

Thursday, May 31, 2012

Random Much the Fill-timer

I love it when we do unplanned things, and surely so many moments created.
Hehhe

Total random is awesome!



:)


uzz31

Tuesday, May 29, 2012

Instagrammer

Assalamualaikum.

Annyeong! Uihh gila punya malas aku nak tetaip sekarang ni. Kalau dulu buat karangan sekali hadap je, tapi sekarang tidak lagi =="

Dan untuk menggantikan aktiviti blogging yang biasa ni, aku dah gantikan dengan ber-Tumblr-ing, dan paling cepat dan mudah, Instagram!


Simple je application jadah Instagram ni, tapi sangat cool! Paling suka bila browse and jumpa Instagram-famous, yang hasil gambar2 mereka yang penuh seni. Inspirasi harian. Instagram ada sediakan beberapa pilihan effect untuk kita guna. Taknak effect kekalkan gambar asal pun boleh. Ikut suka.
Ada Instagram account? Rerajin singgah la ke page sayee, Robowt. Nyehnyeh promosi nampak.

And oh! One more thing. Very important one! Mulai esok, 30 March 2012, lesen memandu aku dah tak ada lambang "P" tu dah. Dah competent! Woootz! Kena ke JPJ untuk menukar lesen competent sebelum kantoi di roadblock!

Now playing: Big Bang- Ain't No Fun

uzz31

Friday, May 25, 2012

Sedikit Info Berkaitan JIN

Assalamualaikum.
Dalam aku ber-going-through newsfeed kat fb tadi, ade la jumpa info ni. So, aku decide untuk meng-share jugak di sini. Sama-sama kita mendapat sedikit ilmu ya :)

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.

3)Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya)

uzz31

Tuesday, May 15, 2012

[MV] Infinite- The Chaser



Great latest MV from a robot-like synchronized group, Infinite! But, to tell the truth, L's car flipping bothers me a lot. Where are you going Myungsoo ya! And plus, I want to have a "glow-y" helmet! (trolls) :P Btw i love Infinite, and Dongwoo is getting more and more handsome in every new MVs :)

uzz31

Kucing Ketakutan

Salam. Annyeong! That day, ade la sorang mamat yang aku sayang ni, tetiba buat surprise appearance kat rumah, memang culture shocked la aku kan hehe. Thanks for the sweet surprise hee.. Dan untuk meluangkan masa bersama, kami, bersama-sama si Oyen kucing aku, meredah hutan belantara yang paling mencabar dalam semesta, Sungai Kanching. Err k. Tujuannya adalah nak bagi pendedahan kepada si Oyen ni erti dunia sebenar. Dah macam alien dah perangai dia ni aku tengok. =="

Eyebags ftw!

Kesian gila tengok keadaan Oyen yang ketakutan bila tengok sekeliling yang teramat asing bagi dia. kalau boleh nak menyorok dalam baju je, tapi peluk kakak dia ni jela yang dia termampu untuk stabilkan emosi dia tu. 

Tak cukup kakak, abang pun boleh. Ehehe.. Atototo manjew nyeww~
  

Sibaik kakak kau ni tak kejam campak masuk dalam sungai, mau terkincit jugak kalau aku buat centu kan, HAHHHAHAHAHA!! *gelak setan*

Muka Oyen risau tak habis2. Kaki still menggeletar sebab trauma di tempat baru. Kau jangan cerita kat kakak kalau kau sebenarnya ada jumpa han.. Err.. Kbai

Jadi retiss la jap si Oyen ni, menjadi tumpuan ramai, kalah tuan dia haha


Muka minta simpati. Hehehe.. Peluk tu penting, baru rasa selamatt..


Tak boleh lagi manja la kan kau ni Oyen oi, suruh jalan sendiri takut, nak kena dukung macam baby, sibaik comel.

Both Oyens are mine!! Err k ayat mintak jelingan. =="

Had a really great day, and I love my Oyens. Heee :D

Now listening: Extreme- More Than Words

uzz31

Sunday, April 29, 2012

Sounds Like Bookfair To Me


Salam. Annyeong! Yesterday, me, together with Shahida and Intan, went PWTC for bookfair. But first thing first, makan dulu :)


Cheezy cheese ftw!


Muka khusyuk nak makan yg comel!





My bff semua comel2 cantik2. If ada Wanny lagi la bertambah2, tak tipu ^^ Next time tau!




Aku memang suka pun berserabai =="




Di pameran. Haha dapat 2 buku. Title? Ade lah. Bwekk 


Balik! Agak bengang bila terpaksa melepaskan 2 trip komuter. Penuh dengan berSHIT.

Hopefully next time dapat berjumpa SEMUA gojes bff, spend time bersama. Rindu, seriously :'(

Now listening: Simple Plan ft. Sean Paul- Summer Paradise

uzz31

Blue Lagoon Memoirs

Salam. Annyeong! Spent my Sunday with the precious one at the beach. All sweet memories kept tight in my heart. 




Arnab!


Enjoying beautiful scenery with him.


 
Titians forever. Heee.. 

Now listening: Duffy- Warwick Avenue

uzz31
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...