Tuesday, February 22, 2011

lagisekalimerepekdikalabiziexam

Ciss sungguh besar godaan untuk aku tahan demi mengonlinekan diri semasa sedang hebat berdukacita di kala kebizian melanda dek kerana ultimate final exam menjelma. Haihhh Robowt2, bila nak rajin nih? Rajin la, rajin la, lepas ni tak payah stadi lagi pun xpe, banyak masa boleh diluangkan untuk semua ni. Tapi! Aku masih tewas, dan semangat untuk online masih utuh. Huh. Tak lama lagi ni.

Last day aku di Seremban Negeri Sembilan, banyak perkara yang agak gila aku buat. Haha, pengalaman semua tu. Ada juga baiknya, dapat juga aku menyelami dunia yang luas sedikit dari sebelumnya. Dan akhirnya, dapat juga aku merasa Nasi Lemak Mambau, setelah sekian lama mengidamkan benda alah ni. Sedap, harga pun murah, sempoi je bungkus dengan surat khabar. Style lah!
Tibatiba terasa rindu pulak :(

Dan akhirnya aku berjaya jugak mempertontonkan diri aku dengan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Hahahaha I know it was so last couple of months, haha, peduli apa, dulu aku tersangat lah bizi dengan sesi praktikal di hospital, sampai takada masa nak menonton ini wayang. Gila kelaka kot HKLBR ni, ce citer, ce citer~ HAHAHAH bodo jek Usop tu "moh kite bako!!" tak padan dengan patah liuk dan ber'wilchaa' tu haha. Terbaek ahh :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...