Sunday, July 11, 2010

tak cukup kah?

tamak, bukan satu budaya. dengki, bukan satu ikutan. namun, itulah hakikatnya, hidup sehari hari penuh dengan liku. semua pun ada cabaran masing2, bukan seorang sahaja diuji. cabaran diberi bukan untuk melemahkan, tapi sebenarnya untuk menguatkan diri yang sebelum ini lembik tak bertulang. ada antaranya terus hanyut dipukul masaalah, ada yang terus bangkit menjadi kisah tauladan buat masa depan. ada yang merayu rayu ditambah masaalah. gila, tapi ada kebenarannya. fikirlah, masing masing punya otak. hidup bergantung, selamanya tergantung. lembaran baru patut sudah lama dibuka, tapi ada yang masih selak kisah di muka surat belakang. ke"tinggal"an, atau men"tinggal"kan? diri penuh kekusutan, payah diluruskan, sekian lama dikumpul, makin bisa bergumpal, sikit, menjadi banyak. rampas merampas, bagai di zaman purba kala. daun direbut, bagai tak nampak bunga di atas. kami bukan si pandir, juga bukan sang kancil. kami adalah kami, dan kamu bukannya kami. pakaian bukan menutup segala cacat cela, tapi hati yang lara. projek sana sini digubah, tak satu pun terlaksana. bagai berbisik ke angin, janji senang dibuat. tamak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...