Wednesday, November 30, 2011

Blessed Days!

Salam. Annyeong! Haihh setelah beberapa hari tak berapa nak cukup tidur, harini dapat lah jugak aku regain balik waktu rehat aku, dapat lah kumpul sedikit tenaga, khas untuk menaip entri ni, bhahaha macam bersusah-payah je kan bunyik, taip je padahal pun xD

Cuti sempena Maal Hijrah kali ni makan je aktiviti aku. Duduk rumah, makan, bershopping, makan, movie time, makan, berkunjung rumah sedara, lagi lah "kena" makan kan.. Kenyang!


Korang layan jelah apa makanan2 yang sempat aku ambik gambar sebelum semuanya selesai dilahap, nak jemput makan pun dah tak sempat kan, makanannya dah habis madu sepah dibuang, nyiahahaha..

Masa aku keluar dating dengan insan yang paling aku sayang, mak aku, segalanya berjalan lancar, dapat lah belanja dia sikit-sikit, yela selama aku hidup ni kan asyik mengikis dia je, wee.. Tapi, agak menyirap jugak la time membeli cheese cake kat satu bakery ni. Dia punya cashier, pehh, memang mencabar keimanan betul. Dia ingat aku yang muka baik-baik ni tak pandai mencarut ke? Eishh bila difikirkan balik perangai betina tu menyirap aku lagi sekali haha. Bodoh punya cashier kerek, nasib baik lah kau tu cashier, kalau pangkat kau tu setaraf pengarah ke, VVIP ke, ntah macam mana pulak lah perangai tu kan, mesti lagi setan punya. Huh. Btw cheese cake yang aku beli tu sedap woo, harga pun murah kalau dibandingkan dengan bakery lain.

Mak, owang nak Galaxy Note~~ *nada gedik* :P

Semasa berkunjung ke rumah sanak saudara nun jauh di sana (kat kl je pun sebeno nye, lala) ahad ritu, apa lagi, makan jugak la kerjanya. Dah orang offer kan, tak baik ditolak, nak2 pulak yang di-offer nya tu pelbagai jenis chocolate, daebak!


Sekim Mesia pun ado! Haha Sirap bandung ftw!


Ada lagi satu ni, makteh aku buat ayam goreng resipi dari program masakan cina yang dia tengok, Fried chicken breast with cracker. Tau tak cracker tu apa? Alaa, biskut 4 segi tu, jenama Hup Seng paling popular. Haa, Makteh aku jadikan cracker tu sebagai pengganti bread crumbs, disalut selepas lapisan telur. Walaupun kecewa dengan kekalahan secara express pasukan Harimau Muda terhadap Bahrain, tapi masih boleh tersenyum sebab perut kenyang gila makan ayam tu bersama keluarga tercinta, ngehngeh *lupa pulak nak ambik gambar, khusyuk nonton bola+ mengunyah xD


Dessert ni kawan mak aku punya resepi. Tapi mak boleh pulak lupa nama kejadah ni, aku lagi lah tak tau, haihh.. Tapi rasa dia memmeyy terbaik ah, dengan menggunakan strawberry swiss roll sebagai base@tapak, lepastu taburkan canned fruits, "dibekukan" dengan jelly kunnyaku, dan dilitupi dengan lautan campuran fresh cream bersama dark chocolate. Perghh!
P/s: teknik memotong aku cam hampeh, sebab tu la bentuk disaster je haihh.


Masa keluar ber-movie-an bersama lenglui, pun makan jugak. Kali ni fastfood yang selalu pergi aje, sebab tak ada Western options kat tempat tu, nak cari Popeye pun tak ada, kalau SetarBak setakat minum kopi harga belas2 baik takpayah, so KFC jelah jawapannya. Kenyang haha.

If you kill her, you kill me! Hahaha awesome!!

Kinder Bueno! Filling kacang+susu dalam wafer coklat tu memang ohsem! Still got some in my fridge. Want some? :P

DSC090622

4 comments:

Mohd Zakwan Zain said...

cashier tu buat ape sampai awak tercabar keimanan?
untungla...dapat tengok wayang, makan semua tu..hoho
btw, dah follow sini sebagai tanda sokongan :D
Blog Mohd Zakwan :)

robowtasmara said...

cashier tu tersangat lah "berbudi bahasa" wooo, ramai lah bakal2 mertua pilih cashier sopan tu. *sarcastic* HAHA

shahidayaacob said...

hahaha...kalu cashier cam 2,bagi ayat makan dalam jew...kerja cashier jew pown..2 pown nak kerek!!..huh!!..annoying btoi...

dah tengok kew breaking dawn??

robowtasmara said...

itulahh, kerek tui, agaknye se"kerek" ketiak dia jugak kot. erkkk =="

sudah, tapi nak tengok lagi!! sangat sweet ceritanye!!! xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...