Monday, November 7, 2011

Watak – Watak Pengguna Di Facebook

Sambil2 stream newsfeed Facebook aku, ada satu fanpage ni bukak satu topik, watak2 apa yang kita ni tergolong bila kat dalam FB. Antaranya:

1. MODEL
Tukar gambar setiap hari, silap haribulan gambar dalam jamban pun boleh jadi default photo.

2. PENJENAYAH
Tukar nama setiap hari~

3. MASIH DALAM DUNIA MYSPACE
Namanya menggunakan simbol² sehingga menyusahkan kawan² nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh - 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN
Suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS
Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc) duhh

6. BINTANG FILEM
Suka update status setiap 5 minit, yela, kesian kat peminat2 taktau apa perkembangan terkini kan~

7. BINGUNG
Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status =="

8. PERASAN HEBAT
Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh: Otw ke Mydin Mall. Kemudian: Di Mydin Mall shopping jap. Kemudian: Karaoke di Mydin Mall. bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy =="

9. BUDAK HINGUSAN
Selalu menampilkan gambar dengan gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dengan mulut terbuka luas, lidah terjelir2, tak takut lalat masuk dalam mulut ke dik?

10. SHOWOFF
Nak makan megi pun siap ambil gambar dulu pastu upload di profile.

11: PENGHENDAP BERJAYA
Kerja hari-hari menghendap atau perkataan lebih bez stalking orang lain, lebih bahaya semua gambar orang dia simpan dalam pc. Motif?

12: PENSUKA
Sikit-sikit "like" status orang, sikit-sikit "like" gambar orang, sikit-sikit "like" awek orang. Ehh? :P

P/s- Haha, macam-macam watak ada.. Korang watak yang mana??


DSC090622

5 comments:

kim heeruul said...

num 12 tu selalu..^^

robowtasmara said...

heheh jangan kantoi "like" yang xspatutnye sudahh~ xD

shahidayaacob said...

saya pensuka & bingung..hahaha

cik ika said...

HAHAHHA..

ade yg kne kt ika lar..hee~~

robowtasmara said...

@shahidayaacob : anda bingung?? kenapakah? ehehe

@ sik ika : yang mane la tu kann, ehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...