Wednesday, January 25, 2012

Loq Staq Fa Cai

Headnote: Happy birthday 2PM Junho!!! ♥

Salam. Annyeong! Sempena cuti raya cina awal minggu ni, mak ayah aku decide nak balik ke Kedah menjenguk saudara di sana. Aku yang sememangnya bercuti seminggu ni apalagi, ikut jela sekali kan, kalau tak ikut, mau mati kutu aku nanti duduk rumah sensorang hehe.

Mak aku tiba2 bagi idea berjalan2 di Alor Star, nak cari ikan masin katanya. Bermulalah rombongan 2 buah kereta terdiri daripada keluarga kami yang sihat2 belaka. Nyiahahaha

Kalau dah diberi nama "negeri jelapang padi", memang tak sah la kan kalau takada sawah :D

Yeahh memang sempat nak selca kalau dah jadi Mem Besar kat seat belakang haha, kemalasan aku nak drive menjadi2 di musim cuti camni.

Semua semangat merah Gong Xi Fa Cai habaq hang! :D

Me and my Maksu. Still maintain comel walaupun dah jadi Mama budak ^^

Di Pekan Rabu. Kitorang berjalan2 di pekan lama je, yela, niat pun nak mencari ikan masin kann.. Hee

*Tapi bukan setakat ikan masin je dapat, ntah apa jenis makanan lagi ntah mak aku beli, aku follow je, dengan mata yang dah sedia rambang dengan pilihan makanan yang bermacam jenis di setiap kedai! O.o


Ada pakcik ni jual arnab, sekor rm20. Sumpah comel! Aku yang kira first-timer nak pegang arnab ni tak takut langsung nak angkat makhluk comel ni, jinak! Omaigad!


Uuuuuu~ :P

Aku yang kepenatan, mencangkung macam minah Ind pun bolehh..

Menara Alor Star pulak destinasi lepas tu. Tak naik pun, nenek aku gayat, wuwuw

Gambar candid pun nak jugak upload kann..

Mama n her baby

Alia. Aihhh budak ni sumpah sangat comel, pandai pulak tu! Kecik2 dah reti melatah, eish3~

Cara dia pegang cawan sama dengan aku. Hahhaha, nama pun sepupu kan? :D


Mak aku cakap dulu2 time malam2 ada air pancut kat sini, mesti cantik..

Bangunan hape ntah, tak sempat nak discover =="

Itu jelah one-day-tour kitorang di sana. Pak Ndak aku ajak kitorang g Langkawi cuti lain kali nanti, harap2 jadi lah plan tu, holiday wishlist aku kot.
p/s: Abaikan lah kalau bahasa aku macam skema je, ada orang cakap aku ni kuat 'sepeking London' je. =="

Now listening: Beast- I Knew It

uzz31

2 comments:

kim said...

seriusly pernah pegi skali jer kat pekan rabu tu n rasa sangat rambang mata tgk tudung...hehe

robowtasmara said...

kan? aihh memang kalau tak rambang mata tu memang tak sah lah xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...